JellyPages.com

JUmlaH PeLawAt

sahabat^^,

Jumaat, 27 November 2009

ingatan untuk muslimah


_ANA_

***INGATAN UNTUK MUSLIMAH***
Hidup ini kadang-kadang rasa gembira, kadang-kadang rasa sedih,
nak
marah ,merajuk atau jauh hati, kadang-kadang rasa di sayangi,
rasa
di perlukan, rasa terasing, rasa di buang …
macam-macam perasaan
yang bersarang dalam hati dan
itulah kurnian dariNya yang maha bijak
sana dan seharusnya kita bersyukur.
Kadang –kadang kita sering alpa ,leka dengan keindahan dunia ,

terlalu menurut kehendak nafsu , mengikut telunjuk
syaitan sampai
terlupa yang diri ini adalah hamba dan
mendapat rahmat daripadanya
,hamba yang sering
dikurnia kan nikmat dariNya , tetapi kita terlalu

sedikit mensyukurinya.
Kebiasaanya manusia
akan merasa bahagia bila disayangi , di beri
perhatian ,
di ambil berat ,di cintai , kadang-kadang sedikit bangga

bila diri ini dirindui .Tapi oleh kerana terlalu tabsub mengejar
semua ni ,kadang-kadang kita tak sedar yang kita telah
melanggar
perintah Allah , melanggar syariat sekaligus mencemarkan
tatasusila
kita sebagai muslimah yang beriman.
Betapa wanita itu akal nya
setipis rambutnya, ….
hatinya serapuh kaca….dan perasannya yang
selembut
sutera itu maka hendaklah di bekalkan dengan ilmu ,
di
kuatkan kan dengan iman dan dihiasi dengan akhlak.
Makhluk emosinal atau lebih dilabelkan sebagai makhluk
perasa dan
itulah wanita berbanding lelaki yang lebih
di nobatkan kan sebagai
mahkluk berakal.Wanita juga
di labelkan sebagai makhluk pemalu…sukar
untuk meluahkan rasa,
Rasulullah saw bersabda "Malu dan iman itu bergandingan bila
terangkat satu maka terangkatlah satu lagi
" ..maka ini jelas
menunjukkkan kepentingan malu dalam
diri setiap muslimah.
Persoalannya sekarang , masihkah sifat malu ini menyelubunggi diri setiap muslimah? Jika ya kenapa masih ada lagi mereka yang berani
membonceng motor dengan lelaki yang bukan muhrim ,
mengapa ada lagi
muslimah yang tidak menutup aurat ,
yang paling sedih bila ana
terdengar ada diantara kawan ana yang
bercerita tentang member
mereka
yang membuka aurat sedangkan dulunya aurat itu di jaga.
Kenapa
kita mudah mengikuti perkara yang tidak baik
sedangkan perkara yang
baik kita tolak ketepi.
Tapi sedarkah kita selemah –lemah wanita ini ia berjaya menguasai

kaum adam yang mempunyai sembilan akal , bertapa peliknya…
tapi
itulah kenyataan. Bertapa kuatnya pengaruh wanita pada lelaki dan ini menunjukkan yang dunia ini telah hampir pada akhir zaman. Betul kata Rasulullah saw

" Sesungguhnya kemusnahan kaum lelaki itu
adalah kerana mentaati wanita-wanita mereka" Selain daripada itu "Kejahilan bagi kaum lelaki ialah mentaati wanita selain daripada ibunya" Huzaifah r.a berkata ia mendengar saw bersabda di dalam khutbahnya "Arak adalah ibu segala maksiat , wanita adalah jala syaitan dan cinta dunia adalah kepala setiap dosa." Rangkap yang wanita adalah jala (perangkap syaitan )

menjelaskan
maksud samada syaitan telah menghiasi mereka dengan begitu menarik supaya menimbulkan rangsangan ataupun lelaki yang jahat akan memandang serta menggoda mereka dengan perantaraan mereka. Ibnu Mas'ud ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda , "Wanita adalah objek yang tersorok , di mana ,apabila ia keluar syaitan akan menghias mereka untuk menggoda kaum lelaki" At-Tirmizi.

Sedarlah kaum lelaki , di sini cabaran bagi anda maka jangan sesekali terbuai dengan tipu daya syaitan seperti firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman , masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah –langkah syaitan .Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang paling nyata bagimu.Tetapi jika kamu tergelincir (dari jalan Allah) sesudah datang padamu bukti-bukti kebenaran , maka ketahuilah , bahawasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha bijaksana" (Al-Baqarah 208-209)

Buat kaum lelaki berwaspadalah jangan sesekali mendidik kaum wanita
dengan mengikuti perintahnya kerana ia mencerminkan kejahilan anda , jangan jinakkan mereka dengan emas atau harta kerana mereka akan jadi liar dan kau semakin diperbodohkan , jangan hiburkan mereka dengan kecantikan kerana mereka akan menderita dan kau akan sengsara. Maka pimpimlah mereka dengan jalan kebenaran ,jalan yang diredhai Allah kerana kau akan di tanya akan tanggungjawabmu itu wahai lelaki.

Ibnu Umar r.a berkata :Bersabda Rasulullah Saw :
"Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu akan di tanya tentang mereka yg kamu pimpin .Raja yang memimpin rakyatnya dan suami pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumah tangga suami dan anak-anaknya .Maka kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggumgjawab atas pimpinanmu" (Riwayat Bukhari dan muslim) Huzaifah berkata dia mendengar Rasulullah saw bersabda : "Letakkanlah wanita pada kedudukan yang paling rendah lantaran Allah juga telah melakukan demikian" ( Razin dan Baihaqi)

meletakkan mereka pada kedudukan yang paling rendah bermaksud bahawa
Allah swt juga telah berfirman mengenai mereka selepas kaum lelaki di dalam Al-Quran .Begitu juga di dalam solat berjemaah , kaum wanita di kehendaki bersolat di bahagian terakhir .Di dalam kes persaksian , warisan dan pangkat Allah telah meletakkan wanita pada kedudukan kedua berbanding kaum lelaki . Ana harap lepas ni jangan ada pula perasaan benci pada kaum ana , ana sekadar memberi ingatan pada golongan Adam supaya tak mudah leka , tak sedikit pun bermaksud nak mengecilkan atau merendahkan kaum ana sebabnya ana pun pompuan juga.

Buat muslimin kamu perlukan wanita , tanpanya hidupmu tak sempurna
dan kamu tak akan ada di dunia ini , kamu perlukannya sebagai teman untuk menemanimu dalam meneruskan perjuangan ,pendorong dikala kesulitan , penyuluh dikala kamu tersasar , pembakar semangat dan lain-lain. "Apa yang tak ada dalam syurga sehingga Adam inginkan Hawa" Penciptaan wanita ini tidak sia-sia , Allah menciptakan sesuatu ,ada rahsia yang tersembunyi , ada hikmah ada kebaikannya. Rasulullah saw bersabda : "Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian yang teratas , jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok , maka berlakulah baik pada wanita kamu" (Al-Bukhary dan muslim)


Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh KepadaMu ya Tuhan Berikan secebis keinsafan Bekalan sepanjang perjalanan Mencari ketenangan

4 ulasan:

  1. MARILAH KITA SAMA2 MERENUNGKNNYA..WASSALAM

    BalasPadam
  2. apakah hukumnya jika kita menemani kwn kta yg jmpa pakwe dia?
    apakh kta berdosa krna mmbiarkan berlakuna zina mata n tlga antra mrka @ kta tlh slmtkn mrka drpa berdua-duan yg mgkn blh mgundang sesuatu yg lbh bruk lg?

    BalasPadam
  3. shbtku....
    tolonglah aku dlm mnmpuhi dugaan ini..
    kdg2 x mampu nk mnolak permntaan kwn yg rpt...
    tp lg rsa bersalah pd yg maha ESA...
    mcm mna ni?

    BalasPadam
  4. buat tnpa nma

    ingtlah bhawa kita mnusia yg d anugerahkn akal fikiran..dan jga kita punya pndrian..
    biarlah kta bshabt dgn seseorg yg mhormti pndrian kita..
    ingtlah jga bhwa..kita bkn hnya mmliki dia shj sbgai shbt kita..
    salah tetap salah..

    BalasPadam