JellyPages.com

JUmlaH PeLawAt

sahabat^^,

Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

Selasa, 12 Mac 2013

pelabuhan hati

             kian umur kita meningkat dewasa, makin kelu lidah berbicara tentang kemana hala tujunya pelayaran hati menuju ke pelabuhan yang dinanti. tatkala, redup mata memandang sang teruna atau dara penyejuk jiwa keimanan, hati pantas berdengup kencang...seolah-olah jantung kehilangan rentak irama tenangnya. tercunggap-cunggap nafas menahan aturan hembusan nafas. terjentik minda, mengatakan "oh tuhan! alangkah indahnya si Soleh atau Solehah ini menjadi pendamping diriku. terasa amannya pelabuhan hati ini"

"Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia"

              hakikatnya, sebagai muslimah yang mukminah sudah menjadi kemestian menjaga lidah menyederhanakan tutur. bukan segala hal harus diluahkan termasuklah juga dalam bab kasih sayang atau kata famousnya 'percintaan'. khautir sekiranya, kita telah menempah tiket untuk ke neraka Allah. waiyyazabillah!

                  seyogia itu, sekiranya kita ingin menghentikan pelayaran hati ini ke suatu destinasi pelabuhan. maka, telitilah dulu pelabuhanmu itu. adakah kukuh jeti imannya? redupkah bumbung akhlaknya? manakan mungkin kita ingin membenarkan hati ini menghentikan layarnya ke pelabuhan yang reput binaan keimanan dan atap akhlaknya berlubang sana sini. nah! bagaimanakah hati ini mahu berlabuh dengan aman sekiranya fitrah yang alami pun pelabuhan itu tidak punya. itu asas! perkara yang wajib ada pada setiap pelabuhan. bukan kelebihan atau advantages yang mungkin ada atau tidak.no!no! dan no!
                
                   lantas, butakan hatimu dahulu.jangan terlalu gopoh dalam menghentikan pelayaran hatimu. realiti arus modenisasi, mengiyakan teknik "try and error" apakah semurah itu hatimu, wahai sahabtku?? hanya kewarasan akal berpandukan keimanan yang hakiki sahaja mampu menjawabnya.

                   sebagai, penghabis bicara...ingin ana luahkan, cara yang mungkin ana rasakan sesuai BAGAIMANA INGIN MELABUHKAN PELAYARAN KE PELABUHAN YANG HAKIKI IAITU PERNIKAHAN....."_"

          Ku pendamkan perasaan ini... 
Ku rahsiakan rasa hati ini... 
Melindungkan kasih yang berputik... 
Tersembunyi di dasar hati... 

Ku pohonkan petunjuk Illahi... 
Hadirkanlah insan yang sejati... 
Menemani kesepian ini... 
Mendamaikan sekeping hati... 


moga hadirnya pemilik hati ini melalui kasih sayangNYA terhadap hamba-hamba yang mencintaiNYA...
      jagalah hatimu...mudah-mudahan Allah menemukan sang pemilik hati yang juga menjaga hatinya untuk dirimu...kerana dirimu begitu berharga....
                 

Khamis, 6 Disember 2012

Bila cinta harus memilih(^_^)


 Sering kali dalam kehidupan kita terjadi banyak perkara yang memerlukan kita untuk membuat pemilihan. Contohnya, memilih pakaian yang hendak dipakai pada hari tersebut atau mungkin juga menu yang hendak dimakan. Keputusan demi keputusan telah kita buat dalam kehidupan kita seharian. Kadangkala memerlukan kepada pertimbangan yang lama…. Dan kadangkala mungkin sepantas kilat Cuma.
Bagaimana pula dengan cara akhawat memilih pasangan? Adakah kita memerlukan kepada timbangan bagi mengukur kesesuaian dalam memilih pasangan?
 Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" 
Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar zauj. Maka secara pragmatisnya pilihlah seorang muslim yang


1-Kuat agamanya.
 Biar sibuk macamana sekali pun, solat fardu tetap terpelihara. Justeru itu, utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Sebagaimana sabda Rasulullah dalam hadis baginda.
Daripada Abu Hurairah, katannya , Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa dan hartamu ,tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu yang ikhlas"  [Riwayat  Muslim]
2-Baik akhlaknya.
 Ketegasannya nyata tetapi seseorang yang lemah lembut dan bertolak -ansur pada hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Bukankah Rasulullah itu diutuskan untuk menyempurnakan akhlak? Selaras dengan firman ALLAH yang bermaksud:
"Demi diri (manusia) dan yang menyempurnakanNya (ALLAH) ,lalu diilhamkan (ALLAH) kepadanya mana yang buruknya dan mana yang baiknya ,Sesungguhnya telah menanglah orang yang  membersihkan (jiwanya) ,dan merugilah orang yang mengotorinya"
[Surah Asy- Syams : 7-10]

3-Tegas mempertahankan maruah.
 Pernahkah bakal zauj antunna itu menjengah ke tempat - tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Nilailah bagaimana sang dia mempertahankan maruahnya daripada terjerumus kepada lembah fitnah.

4-Amanah
Jika future husband pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, maka lupakan saja si dia.
“Sesungguhnya ALLAH mencintai dan mengasihi orang yang bila mengerjakan sesuatu ,selalu memperbaguskan menyempurnakan perbuatannya ."

5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.


6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu. Ini kerana Allah telah berpesan bahawa seorang lelaki yang beriman itu haruslah menundukkan pandangannya dari melihat perkara-perkara yang haram.
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.” (nur:30)
"Pandangan adalah anak panah beracun dari anak panah iblis. Siapapun yang menghindarkannya kerana takut kepada Allah, Allah akan mengurniakan keimanan yang akan ia temui manisnya di dalam hati,"(HR Al-Hakim)


7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, dan dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya.
Rakan- rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam pernah bersabda," Seseorang itu (dipandang) dengan siapa yang duduk bersamanya, dan seseorang itu (diukur) dengan siapa yang berjalan dengannya, oleh itu hendaklah anda memerhatikan siapa yang hendak dijadikan kawan."
9-Bertanggungjawab
            Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibubapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah
Apa yang tersimpan di dalam sanubari kadang - kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Kerana seorang lelaki yang mukmin hatinya tidak pernah sunyi dari berzikir kepada Allah dan seterusnya keberkatan amalan tersebut terpancar pada raut wajahnya yang tenang. Sebagaimana firman Allah taala:
 “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.” Ar Ra’d (13) : 28

Duhai muslimah ku….
Duhai sahabatku…
Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya...kerana memperolehi pasangan yang beriman itu seolah-olah memperolehi syurga dunia yang mana dihiasi keindahan taman-taman syurga yang akan menghasilkan tanaman-tanaman yang diyakini kualitinya…
Sabda Nabi: "Empat dari tanda-tanda kebahagiaan seseorang: Isterinya solehah, anak-anaknya abrar (soleh), teman-temannya orang soleh dan sumber rezekinya di negeri sendiri." (Riwayat ad-Dailami dari Ali .a).


Ya Allah,mampukah aku mendapat keredhaan-Mu dan naungan-Mu di Padang Masyhar kelak...
Salam sayang,
permatabiru/musafir senja

Isnin, 3 September 2012

hatiku milik KHALID



Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu
Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala


dalam kita menjaga hati kita untuk menampakkan kesempurnaan dan kebaikan yang ada dalam diri, kita terlupa untuk menjaga hak Allah sebagai sang pemilik HATI kita. 

seringkali kita mengulangi kesilapan yang sama walaupun sudah mengetahui hakikatnya. namun, selagi mana kita bernafas...tiap kali itulah kita harus mempunyai keazaman yang tinggi untuk bermujahadah melawan segala rasa yang wujud.

rasa apa sahabat?
rasa hidup ini tiada ertinya kerana apa yang dihajati tidak diperolehi. bahkan yang sering terjadi perkara yang tidak diingini...
 rasa kecewa, berputus asa kepadaNYA kerana doa dan usaha kita sia-sia dan terasa tidak diterima. terasa diri tidak dipedulikan olehNya. cemburu melihat teman lebih mudah untuk memperolehi sesuatu berbanding diri kita..yang mana untuk kita memperolehi sesuatu itu dengan usaha yang berliku...

sahabat...
jangan difikir begitu...

dan Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah
Allah tidak memberikan kepadamu apa yang kamu minta kerana Allah ingin menghadiahkan kepada mu sesuatu yang lebih baik berbanding yang kamu minta...
      dan Allah melambatkan waktu untuk memberikan kepada mu kerana Allah ingin memberi ruang kesedian untukmu menerima sesuatu darimu...


justeru itu, ayuhlah kita bersama-sama merefleksikan kembali sikap kita disebalik lafaz kata hati ini milik khalid sedangkan pengamaliannya dalam jiwa tiada...

sekian, dariku yg penuh kekurangan...
puteri permatabiru

Ya Allah,seandai aku telah engkau pilih untuk memegang lencana mujahid Mu,ku mohon kepada Mu Syahidkanlah daku. 


Sabtu, 25 Ogos 2012

kenikmatan dalam ujian

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh buat para pengunjung blog permata biru...salam idul fitri buat muslimin dan muslimat... semoga idul fitri kali ini lebih mengembalikan kita kepada fitrah kita nan suci dan bersih:)




Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami;oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.(Al-Baqarah 2:286)



   
"Hidup tidak selalunya indah,
langit tak selalu cerah,
suram malam tak berbintang,
begitu aturan Tuhan...."


Dalam kita melangkah, tidak selalunya langkah kita atur tersusun kerana kadang kalanya ada langkah kita tersasar lalu kita jatuh terduduk. 
        begitulah jua dengan kehidupan kita di bumi Allah ini. tidak selamanya kita berada dijalan yang penuh kenikmatan kerana adakalanya kita kaku lesu, merintih sayu diatas dugaan dan ujian yang hadir dalam hidup kita. 
     setiap orang diberi ujian yang berbeza mengikut tahap kemampuan kita. inilah membuktikan betapa pengasihNYA DIA terhadap kita. diuji berdasarkan kefahaman, iq.eq dan ketahanan fizikal dan mental..ALLAHURABBI...AdilNYA DIA

     sekali lagi, ingatlah temanku! 

       Allah tidak akan menguji kita lebih dari kemampuan diri kita. tiap ujian yang diberikan itu adalah berdasarkan kemampuan kita. semakin teguh iman kita, makin kita diuji. ujian-ujian yang diberikan itu  adalah untuk menyedarkan diri kita supaya lebih berhati-hati dalam meneruskan perjalanan hidup yang masih berbaki. Berhati-hati itu seolah-olahnya seperti kita berjalan di kawasan yang penuh berduri. Kita masih ada sang PENCIPTA yang perlu disembah dan bergantung, meminta supaya ditunjukkan pada jalan yang lurus. Ujian tersebut juga merupakan satu nikmat yang berharga dan tinggi nilainya, kerana ia menjadi checkpoint untuk kita muhasabah diri sendiri yang sentiasa cuai dan alpa.

DAN!

bukanlah ujian itu hadir tanda Allah membenci kita atau menganianya kita! sesekali tidak sahabatku...
ayuh kita refleksikan kembali dari aura negatif kepada positif

        pernahkah antum/na merasai betapa nikmatnya beribadah dikala diri diuji?
subhanallah...betapa tika itu solat kita,doa kita penuh dengan kehadiran hati seiring tutur kata yang terlafaz dibibir indah. di saat itu juga, kita mengharapkan pertemuan denganNYA...

    namun, sayang beribu kali sayang...habis madu sepah dibuang. itulah KITA, kala diuji iman meningkat 300% tetapi kala nikmat iman menjunam -3%
 

    so sekarang nie siapa lagi zalim dan kejam? kita bukan? kenapa Sifat zalim yang tiada pada Allah harus ada pada KITA??? siapa kita dan siapa DIA???

     hanya orang yang tahu menilai serta menghayati erti kehidupan berpandukan iman dan taqwa,mampu bertahan dengan ujian Allah SWT serta tidak leka dengan kehidupan dunia...maka renungk-renungkanlah adakah kita dalam golongan tersebut.




sebagai akhirul kalam, moga Allah letakkan kita dalam kalangan orang yang bersabar jika Dia menimpakan kita dengan ujian. Moga setiap ujian yang menimpa kita diganti oleh Allah dengan pahala dan sesuatu yang lebih baik darinya. 

wallahu a'alam

salam ukhuwah sekencang dakwah dari ana,
permatabiru

Selasa, 31 Julai 2012

hakikat cinta










       "Sekalipun cinta telah ku huraikan dan ku jelaskan dengan panjang lebar, namun jika cinta ku datangi… aku jadi malu pada keteranganku sendiri. Meskipun lidahku telah mampu menghuraikan.. namun tanpa lidah,.. cinta ternyata lebih terang. Sementara pena begitu tergesa-gesa menulis sekali.. kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta…""Dalam menghuraikan cinta, akal terbaring tak berdaya, bagaikan keledai terbaring dalam lumpur.. Cinta sendiri lah yang menerangkan cinta dan percintaan…”

     begitulah bait kata yang indah yang diungkapkan oleh anna dalam filem ketika cinta bertasbih...

         dan sering kali, apabila bercakap tentang cinta mata kita terbuka luas, badan yang lesu terus bersemangat. begitu hebat cinta,bukan?namun tahukah kita apa itu cinta?

         pertamanya, ayuhlah kita mengenali dahulu perkataan cinta itu sendiri. cinta dalam bahasa arab ialah al-hubb atau hibb yang membawa erti kecenderungan atau ikatan hati yang berlaku antara kedua-belah pihak yang mencintai.

          oleh itu, perkataan cinta ini terlalu sinonim dengan ikatan hati di antara dua individu yang berbeza jantinanya. maka penulisan kali ini lebih terarah kepada cinta diantara DUA HATI YANG BERBEZA JANTINANYA.
         rasa cinta adalah satu nikmat perasaan yang cukup berharga yang telah dikurniakan kepada kita. dan begitu juga dengan jatuh cinta.

        jatuh cinta adalah perkara yang fitrah buat kita sebagai manusia normal. jangan dibenci rasa cinta itu, kerana ianya adalah satu nikmat yang berharga sebagaimana yang telah diungkapkan oleh bak husna:-

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..

        namun, berlaku sedikit keralatan pada kesucian yang ada pada cinta kerana fitrah cinta itu telah kita nodai dengan mengisi rasa cinta itu dengan perkara-perkara yang membawa kemaksiatan kepada Rabbul Jalil. sedangkan rasa cinta yang wujud itu membolehkan kita melayar rasa supaya jalinan hati yang erat dengan Sang Pencipta.
sayang seribu kali sayang, kita telah gagal menafsirkan cinta dengan sebenarnya.


       oleh itu, aku perpesan kepada diriku dan temanku ayuhlah kita  mensucikan jiwa kembali kearah keimanan dan meninggalkan perkara-perkara yang membawa kita terjerumus ke arah kemaksiatan...


   dimana Sheikh Sya’rawi berpesan "Sesungguhnya iman bukan semata-mata ucapan tetapi memerlukan ujian untuk menthabitkan bahawa kamu diuji dan berjaya dalam ujian. Fitnah merupakan ujian, justeru jangan menyangka masalah berlaku secara mudah dengan hanya berkata kami membawa dakwah kebenaran." 









Ahad, 22 Julai 2012

ikhlas

         


               Ikhlas berasal dari kata dasar kha-la-so yang membawa maksud bersih atau suci. menurut Ibnu al-Qayyim ikhlas ialah "mengesakan Allah yang Haq bertujuan hanya kepadaNya tanpa mempersekutukannya dengan sesuatu pun."
         seseorang yang ikhlas tidak menghiraukan pujian, sanjungan dan penghargaan dari manusia kerana kebergantungan dan kecintaanNya hanya semata-mata kerana Allah. Nilai hatiNya hanya untuk Allah tanpa mengambil kira bicara kata manusia. Hal ini bertujuan untuk meraih hubungan hatinya dengan Allah. bahkan, dalam masa yang sama dia tidak mahu orang lain mengetahui  amal kebaikannya walaupun sebesar zahrah pun.  
         seseorang yang ikhlas diumpakan sebagai seekor semut yang berwarna hitam yang berjalan diatas waktu hitam diwaktu malam. sudah pasti kita tidak nampak bukan? begitulah sikap orang yang ikhlas ketika melakukan sesuatu amal ibadat kepada Allah. 
          
        Tindakan dan kelakuan seseorang yang ikhlas itu selaras dengan firmanNya dalam surah al-an'am  ayat 162-163.


  
               
              sahabatku,


           cuba kita imbas kembali, renung kembali bagaimana pula dengan ibadah kita. adakah kita tergolong dalam golongan "orang ikhlas" atau berada dalam golongan yang ingin bermegah-megah dengan amal yang dilakukan? sekiranya dalam melakukan amal ibadat, kita TERWUJUDkan sedikit rasa riak MAKA segerahlah kita mentajdidikan kembali niat kita ikhlas kerana Allah ta'ala mudah-mudahan hati kita yang rapuh itu kembali mengingati Penciptanya...

            mudah-mudahan amalan ibadah kita bukanlah seperti debu-debu yang beterbangan yang tidak mempunyai nilai disisi Allah ta'ala sebagaimana firmannya dalam surah al-furqan ayat 23:-






wallahu'alam


apa yang baik itu datangnya daripada Allah Ta'ala
   dan yang buruk itu adalah kelemahan diri ana sendiri...


salam sayang dari ana,
puteri permata biru

Sabtu, 21 Julai 2012

lambaian kasih ramadhan




Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita telah mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat iaitu ramadhan.

sahabatku, 
         Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.
       
          Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya kita merasakan kehausan dan kekeringan di waktu siang hari di bulan puasa kerana istilah Ramadhan itu sendiri telah menggambarkan akan situasi pelakunya sepanjang tempoh bulan Ramadhan tersebut.

       Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ‘Siyam’ atau ‘Soum’ Kedua-duanya berasal dari kata dasar ‘Sa-wa-ma’, di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.
     
             Bercerita tentang taqwa, hatiku tertarik dengan bait-bait kata yang dinukilkan dari ulama terkenal dari negeri kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz di mana beliau mengatakan bahawa "taqwa itu letaknya dalam hati dan hati itu berada di dalam, tidak nampak; tetapi kesan ataupun tinggalan kerja-kerja taqwa itu tetap masih boleh dilihat,dirasa dan dikesan kehadirannya." begitu malunya taqwa dalam menyembunyikan identitinya.

     sahabatku,

     sebagaimana kita sedia maklum, Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka.  sebagaimana sabda rasulullah saw dalam hadis riwayat bukhari dan muslim



وقال صلى الله عليه وسلم
 (  إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار وصفدت الشياطين )
 متفق عليه. 

maksudnya: apabila tiba bulan ramadhan dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan yang durjana.

           Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jasmani, jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh, solat-solat sunat, berzikir  dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.


       menguatkan jasmani?
        Ingatlah bahawa kedatangan Ramadhan adalah tempoh masa untuk kita merehatkan organ percernaan dari terus-menerus melakukan aktiviti mengisar makanan tanpa henti selama 11 bulan. maka, kita seharusnya mengambil ibrah bagaimana Allah mahu mengajar kita supaya berwaspada ketika berbuka. 


       Namun, begitu sukar untuk mendidik diri supaya bercukup-cukupan sewaktu berbuka bahkan menyebabkan berlaku lambakan juadah berbuka puasa dan mencetuskan pembaziran. fenomena ini terlalu biasa berlaku sama ada dalam kalangan masyarakat desa mahu pun bandar. seolah-olah kita menqadha kembali tempoh menahan diri dari makan dengan mencatukan semuanya pada waktu berbuka dengan menyumbat segala aneka makanan sewaktu berbuka...adakah dengan begitu puasa akan berfungsi sebagai menguatkan jasmani? tentu sekali tidak sahabatku.
hakikatnya, kita puasa terlalu jauh dengan konsep yang telah digariskan oleh baginda. justeru itu, ayuhlah kita kembali kepada keadaan yang asal mengikut sunnah baginda mudah-mudahan dengan makan yang sedikit itu meringankan anggota badan kita untuk beribadat kepadanya.

         menguatkan jiwa dan rohani?

           kita sebagai insan yang biasa lemah dan sering tewas dengan tuntutan nafsu syahwat dan bisikan syaitan maka dengan ketibaan bulan yang penuh keberkatan ini mampu mengekangkan kelakuan-kelakuan kita yang buruk dengan memperbanyakan amalan-amalan sunat yang mana sebelum ini tidak kita lakukan tetapi azam ramadhan kali ini MESTI lakukan. 


     keazaman yang tinggi harus disetkan diminda untuk melakukan amalan-amalan sunat yang mana ramadhan sebelum ini tidak sempat kita lakukan. dengan cetusan perubahan yang sedikit mampu membawa perbezaan yang begitu hebat buat diri kita. awalnya, sedikit tidak mengapa yang penting istiqamah! 


 sahabatku,


       ramadhan kali ini, mungkin juga menjadi ramadhan yang terakhir buat kita. andainya, ini adalah ramadhan kita yang terakhir, tegakah kita melepaskan peluang dan ruang untuk mempersembahkan koleksi amalan ramadhan yang selekeh dan hambar kepadaNya. sedangkan betapa rahmatNya meluas kepada kita agar kita merebut peluang untuk memperoleh ganjaran yang begitu banyak di bulan yang penuh keberkatan ini.
"aku adalah orang kaya!" kaya di dunia hanya wang dan harta menjadi ukurannya,
tetapi kaya 'disana' adalah pahala yang diperolehi sewaktu kita berada disini....
sini sahabatku, tempat aku dan kamu berpijak,,,

   renung-renungkan...kita mahu menjadi si kaya yang mana...dunia atau akhirat...

selamat berfikir sahabatku...

salam sayang dari ana,
puteri permata biru
  

Ahad, 22 Ogos 2010

muslimah acuan al-Quran



Muslimah acuan Al-Quran
Ialah seorang muslimah yang beriman
Yang hatinya penuh rasa cinta kepada Tuhannya Yang Satu
Yang hatinya merindui satu pertemuan abadi
yang hatinya meratap sedu di hamparan sejadah
Yang sanggup menitiskan mutiaranya yang berharga
Demi kasih suci Ilahi

Muslimah acuan Al-Quran
Ialah muslimah yang menjaga bicaranya
Yang menjaga adabnya
Yang tidak takut berkata benar
Yang tidak gentar dijengah mehnah
Walau nyawa jadi taruhan

Muslimah acuan Al-Quran
Dialah wanita yang dijanjikan Tuhannya
Sebuah syurga sebagai mahligai kasihnya
Dialah penghulu bidadari suaminya
Dialah wanita solehah buat agamanya

Muslimah acuan Al-Quran
Ialah muslimah yang tegas
Tegas dalam menegakkan daulah islamiyyah
Tegas dalam hidup yang ditarbiyyah
Dengan pelita iman bersumbukan taqwa

Muslimah acuan Al-Quran
Ialah muslimah yang bersifat qanaah
Baginya kekayaan duniawi hanya sementara
Baginya dunia hanya untuk meraih keuntungan akhirat
Baginya cukuplah alQuran sebagai harta abadi

Muslimah acuan Al-Quran
Ialah muslimah yang tunduknya demi agamanya
Yang hatinya disuburkan dengan semangat juang
Yang solatnya dilakukan dengan tawaduk
Yang suaranya lunak dengan Qalamulllah
Yang menjadikan zikrullah halwa ketenangan
Yang meletakkan Deen sebagai pakaian hidupnya

Benar dia bukan Khadijah, wanita kesayangan Nabi
Benar dia bukan Sumayyah, wanita cintakan syahid
Benar dia bukan Rabiatul Adawiyah, wanita yang merindui cinta Tuhannya
Namun, dialah wanita yang akan menjadi kesayangan suami solehnya
Dan, dialah wanita yang rela syahid dalam manhaj islamDan,
Dialah wanita yang mencari redha suaminya demi redha Tuhannya.