JellyPages.com

JUmlaH PeLawAt

sahabat^^,

Khamis, 31 Disember 2009

aku makan babi selama ini?!!??

buat sahabat2ku.


Firman Allah:
•وكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللهُ حَلاَلاً طَيِّبًا Maksud: “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik (al-Maaidah: 88)
Firman Allah:
“Wahai manusia, makanlah apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh kamu yang nyata” (Al-Baqarah 168).

Sabda Rasulullah :

الحلال بين والحرام بين وبينهما أمور مشتبهات ... Maksudnya: “ Yang halal adalah jelas dan yang haram juga jelas, tetapi di antara keduanya terdapat juga perkara yang belum jelas (syubhah) dan lebih baik dijauhi

(Riwayat: Bukhari dan Muslim).

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT















1 E 100
16 E 280
31 E 434
46 E 482
2 E 110
17 E 300
32 E 435
47 E 483
3 E 120
18 E 301
33 E 436
48 E 491
4 E 140
19 E 325
34 E 440
49 E 492
5 E 141
20 E 326
35 E 441
50 E 493
6 E 153
21 E 327
36 E 470
51 E 494
7 E 160
22 E 334
37 E 471
52 E 495
8 E 161
23 E 335
38 E 472
53 E 542
9 E 210
24 E 336
39 E 473
54 E 570
10 E 213
25 E 337
40 E 474
55 E 572
11 E 214
26 E 422
41 E 475
56 E 631
12 E 216
27 E 430
42 E 476
57 E 635
13 E 234
28 E 431
43 E 477
58 E 904
14 E 252
29 E 432
44 E 478
59 E 920
15 E 270
30 E 433
45 E 481

Selasa, 15 Disember 2009

**afdalnya muharram**




Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."








Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

Ahad, 13 Disember 2009

surat untk hawa dari hawa..



Hawa,

Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,

Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,

Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.
Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,

Andai engkau masih remaja , jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu , andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.








Hawa,

Andai engkau belum berkahwin , jangan kau risau akan jodohmu , ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati ,dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa , lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.






Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,

Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya





























































































niQAB?


Tersandar hamba ini di penjuru sahrawi letih memikirkan apa yang nak jadi pada masyarakat islam di seluruh dunia..
Ulama di perlekehkan artis di puja akhbar di ambil kire Alquran dan Sunnah di simpan rapi di rak semata..

Ya Allah ampuni lah hambaMu ini atas kelalaian dalm menjadi khalifah Allah di muka bumi..

sahabat2 yang saya kasihi..
Beginilah jadinya bila kalam ulama di seleweng menjadikan masyarakat huru hara dan dalam kebingungan dalam mencari kebenaran sebenar islam..bagi mereka yg mahu mengetahui dan sedar akan tipu helah dunia ini..
maka mereka akan terus mencari dengan niat mencari redo Allah semata..
tapi bagi mereka yg terus tidak sedar bahawa dirinyar jahil..maka dia terus hanyut di makan penipuan fitnah dunia yang sementra..

Ya Robb..


Tersandar diri ini bila di sudut2 pertanyaan teman2..terutama teman2 yang berada di tanah air..
mereka kata."ustaz..apa dah jadi ni..betul ker purdah di haram kan..apa komen ustaz..kami ni bukan pandai sangt bab agama..jadi kami ni dalam kekeliruan sbb yang baru2 ni keluar kenyataan di media2 purdah diharamkan dan merupakn pakain adat semata.betul ke ustz??."
haa nilah yg di besar2kan oleh pihak media malaysia cuba mengselewengkan fakta yang asal..pada ketika tu saya jadi terdiam seketika..bukan terdiam sebab tak dapat jawab..tapi terdiam sebab sedih dengn keadaan dunia yang penuh fitnah..dan saya merasakan .."aku dalm zaman fitnah akhir zaman.." sedih tambah pilu tambah geram tambah kesian..macm2 ada ni.. satu mesej yang saya terima lain dari keluarga malysia.."betul ke purdah di haram kan??"emm...bertalu2 soalan di berikan pada saya di segenap penjuru...

"ya Allah cukup fitnah zaman ini..." benarlah kata nabi dalam mafhum hadisnya.."orang yang amal agama sungguh2 ni pada akhir zaman ni bagai gengam bara api.."
sahabat2 yang di kasihi.. Pertama dalam soalan sedemikian..saya seru pada sahabat2 jangn cepat melatah dan cepat menghukum..sebab kita ni bukan tahu hakikat sebenar kejadian sesuatu perinstiwa tu..lagi2 kalau kita ni di gelar mahasiswa dan siswi..cukup pribadi saya sangat berdose diri ini jika kita terus menghukum dan mengambil sesuatu keputusan diri tu tanpa mengkaji hakikat sebenar sesuatu.. sahabat2 yang di kasihi.. Pendapat yang dikeluarkan oleh Syaikhul al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah jelas bertentangan dengan apa yang dikeluarkan oleh akhbar Malaysia.Lain yang diucapkan oleh Syeikh, lain pula yang mereka masukkan ke dalam akhbar milik mereka. tapi bila di bukak balik dalam kalam syeh sendiri dan merujuk balik kalam asal dan keterangn yang sohih di islamonline sangat berbeza(Penjelasan lanjut boleh dilihat di IslamOnline.) Pada hakikatnya..Syeh Tantawi sendiri menghormati dan bersetuju golongan2 wanita yang mengatakan niqob tu wajib..cume kenyataan melarang pemakaian purdah itu dalam satu suasana sesama wanita seperti di kuliah2 banat(perempuan) Al-azhar sendiri..kuliah tersebut tidak bercampur dengan lelaki..ada pun jika ada lelaki dikawasan tersebut..maka di bolehkan dan dibenarkan oleh pihak Al Azhar sendiri untuk memakai purdah..dengan bahasa yang lebih mudah "mengamalkan agama ni mesti pada tempatnya dan keadaanyer"..mengapa perlu pakai purdah sedangkan tiada kaum lelaki dan hanya sesama pompuan sahaje.. Dan menjadi kekesalan diri ini pada fitnah terhadap Syeh Tantawi telah berkalam merupakan penghinaan pada wanita dengan mengatakan"aku lebih mengetahui agama lebih dari kamu dan orang2 yang mendidik kamu" ..dan
"purdah itu adalah adat orang arab semata bukanlah tuntutan agama"haa nilah fitnah yang besar yang berlaku ke atas Syeh tantawi dari pihak media2 yang tidak sukakan islam..Pihak media hanya mencari publisiti dan mengaut keuntungan dari isu2 yang hangat seperti ini...
Inilah gelagat dunia masa kini..perkara macm gini di besar2kan tapi mengapa mereka2 masih pekakkan telinga tentang pengharam arak,konset2 dan lain2 lagi..sedangkan pengharamn itu telah nyata haram dan di jelaskan dengan penuh terperinci..mengapa perlu menjadikan diri ini suber fitnah dalam agama..
banyak2lah kita istirfar supaya Allah terima taubat kita...

sahabat2 yang di kasihi..
purdah merupakan perkata khilafiah dikalangan ulama...