JellyPages.com

JUmlaH PeLawAt

sahabat^^,

Ahad, 22 September 2013

dunia dan isinya....



aku berdiri di suatu sudut
memerhatikan sekelompok remaja rancak bercerita
keadaanya masih sama
pakaiannya juga sama
gelagat yang sama
tiada yang berubah
tiada yg berbeza

aku berdiri di sudut yang sama
memandang ke dada langit yang memekat
aku merasakan dunia semakin membingungkan
apakah sama keburukkan dan kebaikkan?
apakah sama kemiskinan dan kekayaan?
apakah sama keamanan dan kesengsaraan?
aku semakin bingung
bingung untuk meneroka dan mentafsir
apakah sebenarnya yang sedang berlaku?
apakah sebenarnya sedangku lalu?

aku berdiri di sudut yang sama
aku memaling wajah menukar langkah
bahawa disini bukan destinasi ku
destinasiku bukan di sini
bukan, bukan, dan bukan

aku berdiri di sudut yang sama dan mula melangkah
menukar gerak
menuju ke suatu tempat
iya...suatu tempat
yang menuju kepada destinasi yang hakiki....
dan abadi

22 september
10.33pm
~musafir senja~

Selasa, 12 Mac 2013

pelabuhan hati

             kian umur kita meningkat dewasa, makin kelu lidah berbicara tentang kemana hala tujunya pelayaran hati menuju ke pelabuhan yang dinanti. tatkala, redup mata memandang sang teruna atau dara penyejuk jiwa keimanan, hati pantas berdengup kencang...seolah-olah jantung kehilangan rentak irama tenangnya. tercunggap-cunggap nafas menahan aturan hembusan nafas. terjentik minda, mengatakan "oh tuhan! alangkah indahnya si Soleh atau Solehah ini menjadi pendamping diriku. terasa amannya pelabuhan hati ini"

"Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia"

              hakikatnya, sebagai muslimah yang mukminah sudah menjadi kemestian menjaga lidah menyederhanakan tutur. bukan segala hal harus diluahkan termasuklah juga dalam bab kasih sayang atau kata famousnya 'percintaan'. khautir sekiranya, kita telah menempah tiket untuk ke neraka Allah. waiyyazabillah!

                  seyogia itu, sekiranya kita ingin menghentikan pelayaran hati ini ke suatu destinasi pelabuhan. maka, telitilah dulu pelabuhanmu itu. adakah kukuh jeti imannya? redupkah bumbung akhlaknya? manakan mungkin kita ingin membenarkan hati ini menghentikan layarnya ke pelabuhan yang reput binaan keimanan dan atap akhlaknya berlubang sana sini. nah! bagaimanakah hati ini mahu berlabuh dengan aman sekiranya fitrah yang alami pun pelabuhan itu tidak punya. itu asas! perkara yang wajib ada pada setiap pelabuhan. bukan kelebihan atau advantages yang mungkin ada atau tidak.no!no! dan no!
                
                   lantas, butakan hatimu dahulu.jangan terlalu gopoh dalam menghentikan pelayaran hatimu. realiti arus modenisasi, mengiyakan teknik "try and error" apakah semurah itu hatimu, wahai sahabtku?? hanya kewarasan akal berpandukan keimanan yang hakiki sahaja mampu menjawabnya.

                   sebagai, penghabis bicara...ingin ana luahkan, cara yang mungkin ana rasakan sesuai BAGAIMANA INGIN MELABUHKAN PELAYARAN KE PELABUHAN YANG HAKIKI IAITU PERNIKAHAN....."_"

          Ku pendamkan perasaan ini... 
Ku rahsiakan rasa hati ini... 
Melindungkan kasih yang berputik... 
Tersembunyi di dasar hati... 

Ku pohonkan petunjuk Illahi... 
Hadirkanlah insan yang sejati... 
Menemani kesepian ini... 
Mendamaikan sekeping hati... 


moga hadirnya pemilik hati ini melalui kasih sayangNYA terhadap hamba-hamba yang mencintaiNYA...
      jagalah hatimu...mudah-mudahan Allah menemukan sang pemilik hati yang juga menjaga hatinya untuk dirimu...kerana dirimu begitu berharga....
                 

Ahad, 17 Februari 2013

menyemai benih-benih syurga


Catatan ini ana nukilkan khas buat sahabat yang ana cintai kerana Allah, iaitu Saudari Nurhayati binti Mohd Azelan dari kos pendidikan Matematik:)
    
Sahabatku, Hayati...

      Kehidupan ini sama seperti asap yang kelihatan hanya sebentar sahaja, lalu lenyap. Sesungguhnya manusaia seperti nafas dan semuanya sia-sia. Ramai yang berharap untuk kehidupan ini dan mereka menganggap inilah 'kampung halaman' yang sebenar. Setiap hari mereka sibuk dengan urusan dunia, mencari duit, bekerja dan bersuka ria. Mereka lupa diri, bahawa saatnya akan tiba apabila segalanya berakhir dan kita akan kembali ke 'kampung halaman' yang hakiki, iaitu syurga atau neraka.

      Kehidupan juga penuh dengan penderitaan dan air mata. Oleh itu, sahabatku...
Sapulah air matamu...lihatlah disekililingmu...masih ramai insan yang belum dikurniakan nasib yang baik seperti diri kita....mungkin kita merasakan berat ujian yang digalas dipundak ini, sehingga tak terjangkau dek kemampuan diri...namun, ingatlah! Jika kita merasakan diri kita ini lemah tak bermaya. Jangan dilupa akan saudara-saudara kita yang masih berat ujiannya...bagaimana mereka masih lagi tabah tersenyum menghadapi risiko kehidupan yang diberikan olehNya... Sesungguhnya sahabatku, Allah itu langsung tidak menzalimi kita dengan membalas dendam atas kesilapan yang seringkali kita ulangi. TETAPI setiap musibah, ujian dan juga dugaan yang diberikan adalah salah satu tanda bagaimana Allah membuktikan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya. 

     Lantas menyeru dibenak fikiran kita...bukti kasih sayang Allah? Benarkah?
BENAR ukhtyku...
Sememangnya fitrah manusia mencari nilai ketuhanan apabila diri diuji dengan rintangan. Bagaimana kita lihat para solafussoleh yang terdahulu mereka rata-ratannya dari golongan yang paling banyak diuji..ini kerana, apabila hati kita sering diuji, maka kebergantungan kita kepada Allah semkin kuat berbanding dengan hati yang sering dibajai dengan kemewahan. Lihatlah perbandingan kehidupan antara kehidupan kita dengan saudara kita di Gaza, Syiria...bagaimana mereka begitu yakin dengan pertolongan Allah berbanding kita yang hidup dalam keadaan aman dan damai.
        Oleh itu, ukhtyku…
Jadikanlah segala ujian dan musibah yang menimpamu sebagai biji-biji benih yang tunasnya menghala pucuknya ke jalan syurga. Jadilah insan yang redha dalam menerima segala dugaan yang menimpa diri. Mungkin, diri ini masih belum lagi teruji dengan kata-kata sendiri. Namun, percayalah ukhty, bahawasnya ‘hanya insan istimewa’ sahaja akan menerima pentarbiyyahan direct dari Allah. Bersyukurkalah diatas kurniaan benih-benih syurga kerana itulah buktinya Allah Ma’an dan Dia tidak meninggalkan kita bersendirian.

        Akhir kalamku, dekatlah dirimu dengan Allah…mudah-mudahan ukhty memperolehi kunci ketenangan dan kedamaian. Senyumlah! Semoga senyuman itu menjadi saksi ketulusan hatimu dalam menerima benih-benih syurga…Isbir ya ukhty…fasabran jamil!
 kata-kata yang disebut oleh ayah Nabi Yusuf a.s:
فَصَبْرٌ جَمِيلٌ وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ

Yang bermaksud: Kalau begitu bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongan mengenai apa yang kamu katakan itu.
Maafkan ana sekiranya kelancangan kata-kata yang mengguriskan hati…
salam kerendahan hati tautan mahabbah fillah
Wallahu’alam…