JellyPages.com

JUmlaH PeLawAt

sahabat^^,

Selasa, 18 Disember 2012

mujahadah...ingat senang ker! sembang bolehlah!

     
            Semestinya untuk melakukan sesuatu perubahan kearah kebaikkan adalah sukar apatah lagi untuk meng'istiqamah'kan kebaikkan tersebut. Ianya sangat-sangat sukar dan memerlukan pengorbanan yang cukup signifikan bagi merealisasikan perkataan mujahadah.

Sebelum kaki jauh mengorak langkah, apa kata kita menyelusuri terlebih dahulu definisi mujahadah.
Secara umumnya, Ta’rif mujahadah menurut bahasa, syar’i, dan istilah yang terkandung dalam kitab Jami’ul Ushul Fil-Auliya, hal 221 :

أَمَّاالْمُجَاهَدَةُ فَهيَ فِي اللُّغَةِ الْمُحَارَبَةُ وَفِي الشَّرْعِ مُحَارَبَةُ  أَعْدَآءِ اللهِ , وَفِي اصْطـِلاَحِ أَهْلِ الْحَـقِـيْقَة ِ مُحَــارَبَةُ النَّفـْسِ الأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَتَحْمِيْلُهَا مَا شَقَّ عَلَيْـهَا ِممَّا هُوَ مَطْلـُوْبٌ شَرْعًا . وَقَالَ بَعْضُـهُمْ : الْمُـجَاهَدَةُ مُخَالَـفَةُ النَّفْسِ , وَقَالَ بَعْضُهُمْ : المـُجَاهَدَةُ مَنْعُ النَّفْس ِ عَنِ الْمَـأْلُوْ فَاتِ

“erti mujahadah menurut bahasa adalah perang, menurut aturan syara’ adalah perang melawan musuh-musuh Allah, dan menurut istilah ahli hakikat adalah memerangi nafsu amarah bis-suu’  dan memberi beban kepadanya untuk melakukan sesuatu yang berat baginya yang sesuai dengan aturan syara’ (agama). Sebagian Ulama mengatakan : "Mujahadah  adalah tidak menuruti kehendak nafsu”, dan ada lagi yang mengatakan: “Mujahadah adalah menahan nafsu dari kesenangannya”.
               Intipati yang dapat kita petik dari definisi tersebut mujahadah adalah satu peperangan. Atau dengan kata lain, berperang dengan hawa nafsu kita sendiri.
               Justeru itu, ana menegaskan kembali tajuk yang ana nyatakan di atas mujahadah? Ingat mudah ker! Sembang bolehlah!
Saudara saudariku yang dirahmati Allah sekalian..
               Ya! Ana setuju mujahadah bukanlah sesuatu yang mudah sebagaimana mudahnya dilafazkan dibibir. Apatah lagi dilafazkan oleh lidah yang tidak bertulang.
               Kendatipun begitu, mujahadah tidaklah begitu sukar sekiranya kita memahami konsepnya terlebih dahulu dan mengambil langkah yang betul sebelum memulakan tindakan. Bak kata pepatah ‘yang pipih tidak akan datang melayang, yang bulat tidak datang menggolek’.
 Idealnya, mujahadah dapat diimplementasikan dengan melaksanakan rukun-rukun mujahadah.
               1. Ber’uzlah
Beruzlah bermaksud menyendiri. Walaubagaimanapun menyendiri di sini bukanlah bermaksud menjauhkan diri daripada masyarakat sepertimana yang dilarang di dalam Islam. ‘Uzlah di sini bertujuan bersendirian dan memuhasabah diri untuk membersihkan jiwa dan hati dari segala noda-noda hitam yang bertapak dalam hati.
               Iaitu merenung kembali segala dosa-dosa dan kesilapan yang dilakukan. Dan menginsafi akan dosa-dosa tersebut.

2.Diam
Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bertemu Abu Zar r.a. Baginda S.A.W telah bersabda: “Abu Zar! Mahukah aku khabarkan kepadamu dua perkara yang mana mengamalkannya adalah terlalu mudah dan sangat berat pada neraca timbangan berbanding amalan lain?”
Abu Zar r.a telah berkata: “Ya Rasulullah S.A.W khabarkanlah.”
Baginda S.A.W bersabda: “Biasakanlah diri untuk berakhlak mulia dan berdiam diri. Demi zat jiwa Muhammad S.A.W ditangannya! Tidak ada amalan yang dilakukan oleh semua makhluk yang sebaik kedua-dua amalan ini.”[Hadis riwayat Baihaqi]
Ini kerana semakin lantang kita berbicara semakin banyak hati yang terluka. Semakin rancak kita bercakap makin terbilang kesilapan kita. Namun, berbicara yang dimaksudkan disini adalah omong-omong kosong. Tanpa ada matlamat dan tujuan yang jelas.

              3.Menahan Lapar
Sabda Rasulullah S.A.W: “Ke atas kamu semua(digalakkan) dengan kesedihan sesungguhnya dengan kesedihan itu membuka (menyedarkan) hati. Maka mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah sedih itu? Bersabda nabi S.A.W: “Tundukkan jiwa kamu semua dengan berlapar dan dahaga.”[Hadis riwayat At-Tabrani]
Sekilas imbas, bagaimanakah keadaan kita disaat kita berpuasa? Penat? Lesu? Tak bermaya? Sesungguhnya dalam keadaan kita berpuasa badan kita menjadi kurang bertenaga selari jualah dengan nafsu kita.
               Oleh itu, dalam keadaan kita tidak terlalu kekenyangan, kita mampu menjinakkan nafsu-nafsu kita yang liar. Walaupun mungkin tidak seratus peratus tetapi sekurang-kurangnya dapat meminimakan keaktifannya.

       4.Berjaga malam
“Sesungguhnya bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan.”[Surah Al-Muzzammil:6]
               Apabila batin kita terisi dengan cintaNya in shaa Allah! Pasti jalan mujahadah kita dapat berjalan dengan lancar dan mudah. Ini kerana, sehebat mana pun kita,siapa pun kita…andainya lupa untuk bersujud kepadaNya. Maka tidak akan berguna sama sekali. Walhal kita merancang dengan hebat tetapi tanpa memohon kepadaNya maka semua itu tidak akan berlaku.
Sebagai konklusinya, benar! bukan mudah untuk mujahadah. Bukan mudah untuk berperang dengan bisikan nafsu syaitan. Pelbagai ujian perlu ditempuh. Namun begitu, susah tidak bermakna kita tidak mampu. Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya dengan sesuatu yang tak sanggup kita hadapi. Allah lebih mengetahui tentang diri kita. Allah selalu beri yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Selamat bermujahadah!
                          

Sabtu, 15 Disember 2012

puisi tentang hati, jiwa dan raga




Wahai Hati...
Bersabarlah dalam menanti,
Yakinlah janjiNya adalah pasti..
Pada akhirnya kebahagiaanlah yg kelak kan diraih.

Wahai Jiwa...
Tenanglah dalam lara,
Percayalah bahwa janji_Nya adalah nyata,
Jangan pernah ragu dengan kehendak_Nya.
DIA lebih tau mana yang terbaik untuk para hamba2_Nya.

Wahai Raga...
Tetaplah istiqomah dalam asa,
Cinta yang suci sedang menguji keimanan kita,Seberapa sabar kita dalam menunggu...
Seberapa kuat kita saat tertatih...
dan seberapa tegar kita disaat rapuh...

Segala uji dan coba_Nya tak pernah ada yang sia2,Dibalik itu semua pasti ada hikmah dan barokahnya, bersabarlah untuk suatu Keindahan,Kebahagiaan itu pasti kan datang untukmu,
Disaat yang Indah di waktu yang tepat...

Sabtu, 8 Disember 2012

Aku Mahu Gadis Seperti Itu…



Testing, testing 1,2,3…hai para Ikhwan semua!
Pernah anda mengalami situasi sebegini apabila terpandang kepada seseorang ukhti yang betudung labuh, berjubah, sopan, ayu dan lemah gemalai....->
“Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
…..
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Kadangkala hatiku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya
(amboi jauhnya antum berangan ya! …)

 Sememangnya fitrah manusia  suka pada perkara yang cantik,comel, baik, ayu, dan bla bla bla… Namun, sekiranya sekadar indah di mata adalah tiada nilainya tanpa disusuli dengan indah akhlaknya.
            Justeru itu, penulisan kali ini suka sekali untuk ana melontarkan sedikit pandangan berkaitan dengan ‘wanita perhiasan dunia’ yang sesuai untuk dijadikan calon zaujah antum.
Jika mahu mengenal buah itu masak ada tandanya
Jika mahu mengetahui makanan itu lazat ada caranya
Begitulah juga dengan akhawat. Pasti ada buktinya untuk menunjukkan seseorang wanita itu baik maruah dan akhlaknya. Melalui pembacaan ana yang pelbagai, ana telah menyimpulkan beberapa gugusan idea yang membolehkan antum semua mengenali seseorang ukhti itu baik maruah dan akhlaknya.
Pertama, akhawat tersebut terdiri dari keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan soleh. Maka, persekitaran akhawat tersebut dibesarkan dalam lingkaran agama dan tatacara Islam seterusnya melahirkan kuntuman-kuntuman akhlak yang mahmudah seperti kuat agama, memiliki sifat-sifat kemanusiaan dan berbudi pekerti tinggi. Bak kata pepatah “bagaimana acuan, begitulah kuihnya”. Sekiranya, akhwat tersebut dibesarkan dalam waqi’ islamiah maka hasilnya pasti islamik juga! In Shaa Allah.
Mencerminkan dengan jelas hakikat yang sebenarnya, letaknya realiti seorang wanita adalah wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulen maka itulah keistimewaan dan kecantikan seorang wanita yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah bererti dia telah mendapat satu nikmat Allah yang besar.
Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas :
"Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya."
 Hikmahnya memperolehi wanita yang terdidik di dalam golongan keluarga yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat- sifatnya oleh Rasulullah saw:
"Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya."
Keduanya, Berakhlak dengan Allah. Iaitu menjaga hak Allah dalam apa jua keadaan sekalipun. Tekun dan bersungguh-sungguh dalam ibadahnya. Sabar dalam menempuh ujian daripada Allah, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt. 
Tumpuan hatinya adalah mencari keredhaan Allah dalam hidupnya. Setiap tingkah lakunya menggambarkan tatacara Islam dan keindahannya terdampar pada keayuan langkahnya dalam menjaga maruah dirinya. Di mana hatinya tidak mudah terbuai dengan bisikan ‘kumbang’ perosak dan tidak mudah terjentik hatinya dengan kata-kata rayuan ‘buaya’.
Kerana, bagi akhawat tersebut hati adalah nilaian ALLAH yang paling utama dalam setiap amalan yang telah dilakukan. Oleh itu, dia mencuba sehabis daya untuk membalut hatinya daripada terdedah dengan anasir-anasir yang cuba mengeruhkan kesucian hatinya.
Ibnu Qayyim berkata : "sesiapa yang ingin jernih hatinya hendaklah dia mengutamakan ALLAH swt daripada hawa nafsunya ,kerana hati yang dilumuri dengan hawa nafsu terlindung daripada ALLAH sekadar bergantungnya kepada hawa nafsunya"
Akhawat itu menyedari bahawa hati itu mampu berkarat seandainya disulami dengan perbuatan-perbuatan lagha da maksiat.
Akhawat itu memahami hadis baginda yang berkaitan hati. Iaitu
Dari Abdullah Ibnu Umar r.a meriwayatkan, “Sesungguhnya hati ini dapat berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila tekena air.” Beliau ditanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana cara membersihkannya ?” Rasullah s.a.w bersabda, “Memperbanyak mengingat maut dan membaca Al-qur´an.”
                                                                                                             [Riwayat Baihaqi]

Ketiganya, Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu selagi mana tidak bercanggah dengan tuntutan syariat.
Akhawat tersebut bergaul dengan temannya dengan baik dan terjaga perbuatannya. Sebagaimana pesan baginda "HambaNya yang lebih disukai ALLAH ialah yang tinggi akhlaknya ."
Cinta dan Sayang akhawat terhadap rakan, jiran dan tetangganya adalah tidak lain dan tidak bukan kerana Allah. Hal ini bersesuaian dengan kata baginda "Perbuatan yang lebih disukai ALLAH ialah kasih atau senang kerana ALLAH dan benci atau tidak suka kepada sesuatu kerana ALLAH ."
Terhias tutur kata akhawat tersebut dengan kalam-kalam yang indah, sedap didengar, lembut terasa terbuai menyapa tatkala mendengar santapan bual bicaranya. Kerana akhawat tersebut memahami pesan kekasihNya "Perbuatan yang lebih disukai ALLAH ialah menjaga lidah (jangan lancang berbicara) ."
Entiti mithali yang dinyatakan oleh ana di atas mudah-mudah mampu dijadikan sebagai garis panduan kepada ikhwan yang masih lagi tercari-cari ‘wanita perhiasan dunia’ yang hendak dijadikan sebagai pendamping hidup.
Ingatlah firmanNya dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud
"..yang demikian itu agar mereka mudah untuk dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu..." (33:59
Kata Ibnu Abbas lagi,  syaitan berada di tiga tempat di dalam diri seseorang lelaki, pada pandangan, hati dan ingatan. Manakala bagi wanita pula, ada pada lirikan matanya, hati dan kelemahannya.
Justeru itu, jagalah pandanganmu wahai para mujahid agar melihat akhawat itu aulanya keindahan akhlaknya sebelum melihat keelokan paras rupanya.
Ingatlah bahawa Islam itu tidak hanya hadir dengan solusi tapi berusaha mencegah dari punca yang datang dari akar umbi
Pesanku sebagai seorang ukhti,
lelaki itu HANDSOME bila...
taat perintah Allah dan patuh pada Ibu bapanya..
lelaki itu SWEET bila...
suka kat perempuan tu terus jumpa wali perempuan tu dan cakap 'saya suka anak pakcik..saya nak nikah dengan dia..' dan sentiasa hormat perempuan..
lelaki itu COMEL bila..
berwawasan dan bertanggungjawab..
lelaki itu SMART bila..
berakhlak mulia dan berusaha menjadi yang soleh…

sebagai penutup kalam,
hayatilah bait-bait syair yang dilafazkan oleh seorang suami kepada isterinya

Demi Allah, tidaklah aku melupakanmu
Walau mentari tak terbit meninggi
Dan tidaklah terurai air mata merpati itu
Kecuali berbagi hati
Tak pernah kudapati orang sepertiku
Menceraikan orang seperti dia
Dan tidaklah orang seperti dia dithalaq kerana dosanya
Dia berakhlaq mulia, beragama, dan bernabikan Muhammad
Berbudi pekerti tinggi, bersifat pemalu dan halus tutur katanya

(syair cinta Abdurrahman ibn Abu Bakar kpd isterinya, Atika..)

Sekian dariku untukmu mujahid ansarullah,
‘permatabiru/musafir senja’ yang mendambakan cinta Illahi…







Khamis, 6 Disember 2012

Bila cinta harus memilih(^_^)


 Sering kali dalam kehidupan kita terjadi banyak perkara yang memerlukan kita untuk membuat pemilihan. Contohnya, memilih pakaian yang hendak dipakai pada hari tersebut atau mungkin juga menu yang hendak dimakan. Keputusan demi keputusan telah kita buat dalam kehidupan kita seharian. Kadangkala memerlukan kepada pertimbangan yang lama…. Dan kadangkala mungkin sepantas kilat Cuma.
Bagaimana pula dengan cara akhawat memilih pasangan? Adakah kita memerlukan kepada timbangan bagi mengukur kesesuaian dalam memilih pasangan?
 Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" 
Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar zauj. Maka secara pragmatisnya pilihlah seorang muslim yang


1-Kuat agamanya.
 Biar sibuk macamana sekali pun, solat fardu tetap terpelihara. Justeru itu, utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Sebagaimana sabda Rasulullah dalam hadis baginda.
Daripada Abu Hurairah, katannya , Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa dan hartamu ,tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu yang ikhlas"  [Riwayat  Muslim]
2-Baik akhlaknya.
 Ketegasannya nyata tetapi seseorang yang lemah lembut dan bertolak -ansur pada hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Bukankah Rasulullah itu diutuskan untuk menyempurnakan akhlak? Selaras dengan firman ALLAH yang bermaksud:
"Demi diri (manusia) dan yang menyempurnakanNya (ALLAH) ,lalu diilhamkan (ALLAH) kepadanya mana yang buruknya dan mana yang baiknya ,Sesungguhnya telah menanglah orang yang  membersihkan (jiwanya) ,dan merugilah orang yang mengotorinya"
[Surah Asy- Syams : 7-10]

3-Tegas mempertahankan maruah.
 Pernahkah bakal zauj antunna itu menjengah ke tempat - tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Nilailah bagaimana sang dia mempertahankan maruahnya daripada terjerumus kepada lembah fitnah.

4-Amanah
Jika future husband pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, maka lupakan saja si dia.
“Sesungguhnya ALLAH mencintai dan mengasihi orang yang bila mengerjakan sesuatu ,selalu memperbaguskan menyempurnakan perbuatannya ."

5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.


6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu. Ini kerana Allah telah berpesan bahawa seorang lelaki yang beriman itu haruslah menundukkan pandangannya dari melihat perkara-perkara yang haram.
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.” (nur:30)
"Pandangan adalah anak panah beracun dari anak panah iblis. Siapapun yang menghindarkannya kerana takut kepada Allah, Allah akan mengurniakan keimanan yang akan ia temui manisnya di dalam hati,"(HR Al-Hakim)


7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, dan dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya.
Rakan- rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam pernah bersabda," Seseorang itu (dipandang) dengan siapa yang duduk bersamanya, dan seseorang itu (diukur) dengan siapa yang berjalan dengannya, oleh itu hendaklah anda memerhatikan siapa yang hendak dijadikan kawan."
9-Bertanggungjawab
            Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibubapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah
Apa yang tersimpan di dalam sanubari kadang - kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Kerana seorang lelaki yang mukmin hatinya tidak pernah sunyi dari berzikir kepada Allah dan seterusnya keberkatan amalan tersebut terpancar pada raut wajahnya yang tenang. Sebagaimana firman Allah taala:
 “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.” Ar Ra’d (13) : 28

Duhai muslimah ku….
Duhai sahabatku…
Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya...kerana memperolehi pasangan yang beriman itu seolah-olah memperolehi syurga dunia yang mana dihiasi keindahan taman-taman syurga yang akan menghasilkan tanaman-tanaman yang diyakini kualitinya…
Sabda Nabi: "Empat dari tanda-tanda kebahagiaan seseorang: Isterinya solehah, anak-anaknya abrar (soleh), teman-temannya orang soleh dan sumber rezekinya di negeri sendiri." (Riwayat ad-Dailami dari Ali .a).


Ya Allah,mampukah aku mendapat keredhaan-Mu dan naungan-Mu di Padang Masyhar kelak...
Salam sayang,
permatabiru/musafir senja

ketika cinta berbuah syurga



Ku kejar pelangi impian itu
Bersama deruan sebuah kenangan
Layar minda sesekali terusik
Terpana pada sebuah keindahan
Apakah cinta dan rindu
Akan bersatu dalam seorang diri
yang bergelar HAMBA
Tika ini masih kelam
Hala dan tujuannya...

Dan mindaku berlalu
Mengusir desir-desir derita dan noda
Membawa rindu dan ingatan
Melerai sebuah janji
terpatri kukuh saat roh ditiup
hanya KAU Rabbku

Kasih sayang utuh yang terpendam
Di hujung penghayatan sekeping hati
Apakah ini cinta
Atau sekadar cerita sebuah rindu
Titipan kasih sebuah sayang
Untaian makna sebuah kehidupan
Yang harus dihadapi
Inikah bukti cintaku untukMU?


Semilir pagi menghembus..
membelai raut wajah..
yang penuh kesedihan..
meratap satu peristiwa demi peristiwa
yang dipanggil DOSA...
biarpun tika ini hati digamit resah
persoalan demi persoalan..
yang kian bertandang dijiwa..

kiranya mampu kuundurkan masa...
ingin kurubah segalanya..
akan kujaga hakMU..
akan kuhayati kalamMU....
Tapi semua bagaikan ilusi semata

mana mungkin ku mampu putar dunia...
aku hanya sang kerdil yang mampu berserah meminta keampunanMU
akan kuteruskan perjalanan ini
menuju hari esok
yang pasti membawa sinar bahagia
dalam meraih cintaNYA
dalam sendu nafas mengucap kalimah cintaMU....
disaat cinta berbuah syurga…..