JellyPages.com

JUmlaH PeLawAt

sahabat^^,

Selasa, 1 Disember 2009

wnta solehah hiasan tcntk d dunia



Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita

yang solehah."

HR Muslim

bersama samalah kita membaca dan renung bersama

akan artikel ini...





Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada

pandangan mata hanya sementara... Yang kekal

menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia

akhlaknya... kerana akhlaq itu umpama bunga diri..

Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk..

tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong

dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila

dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang

kurang menarik dan baunya juga kurang

menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik

pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi

dengan mata hati, ternyata amat tinggi

nilainya....


Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.

Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak

di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah

menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat

di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia

adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita

solehah.


Kerana itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak

yang solehah... Sebagai remaja dia akan menjadi

remaja yang berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi

isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati

suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya

dengan penuh kasih sayang... dan pastinya sebagai

hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk

dan menyerah diri hanya kepada-Nya...

Firman Allah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang

bermaksud...


"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh

baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang

beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan

mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."


**KAEDAH DALAM BERHIAS**

Berhias adalah hal yang lumrah dilakukan oleh

seorang manusia, entah lelaki atau wanita bahkan

banci. Islam sebagai agama yang sesuai dengan

naluri manusia tentu sahaja tidak menyepelekan

masalah berhias. Sehingga masalah berhias ini

tentu sahaja sudah di bahas dalam syariat Islam.

Sehingga berhias ini bisa menjadi amal soleh

ataupun amalan salah, tergantung sikap kita mahu

atau tidak mengindahkan kaedah syariat tentang

berhias.


Untuk itu semoga bermanfaat, bila penulis

tuturkan disini beberapa kaedah dan disiplin dalam

berhias yang dibolehkan, agar dapat menjadi

barometer setiap kali wanita akan berhias, baik

dengan menggunakan hiasan klasik maupun moderen,

dimana para ulama belum menyebutkan pendapat

tentang hiasan itu. Penulis tuturkan dengan

memohan pertolonggan kepada Allah :


Kaedah pertama: Hendaknya cara berhias itu tidak

dilarang dalam agama kita segala bentuk perhiasan

yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya, bererti

haram, baik Rasulullah telah menjelaskan bahayanya

kepada kita maupun tidak.


Kaedah kedua: Tidak mengandung penyerupaan diri

dengan orang kafir. Ini kaedah terpenting yang

harus di ambil kira dalam berhias. Batas

peyerupaan diri yang diharamkan adanya

kecenderungan hati dalam segala hal yang telah

menjadi ciri khas orang kafir, kerana kagum dengan

mereka sehingga hendak meniru mereka, baik dalam

cara berpakaian, penampakan, dan lain-lain.

Kalaupun pelakunya mengaku tidak bermaksud

menirukan orang kafir, namun penyebabnya tetap

hanyalah kekerdilan dirinya dan hilangnya jati

diri sebagai muslim yang berasal dari kelemahan

dari akidahnya. Anehnya, seorang muslim terkadang

mengamalkan suatu amalan yang memiliki dasar dalam

ajaran syariat kita,tetapi kemudian ia berdosa

dalam melakukannya, kerana ia berniat menirukan

orang kafir. Contohnya, seorang laki-laki yang

membiarkan panjang janggutnya. Membiarkan janggut

menjadi panjang pada dasarnya adalah salah satu

dari syiar islam bagi kaum laki-laki.

Tetapi ada sebahagian laki-laki yang membiarkan

panjangkan janggutnya kerana mengikuti model dan

meniru mentah-mentah orang barat. ia berdosa

dengan perbuatannya itu kerana seperti penulis

mengenal seorang pemuda yang baru datang dari

barat dengan janggutnya yang panjang, menurut

trend/kecenderungan model orang-orang barat ketika

dia tahu bahawa di negerinya janggut merupakan

syiar islam dan juga syiar orang shalih dan tahu

agama, segera ia memotong jenggut!! Contohnya

dikalangan wanita, memanjangkan hujung pakaian.

Perbuatan itu (yakni memanjangkan hujung satu

jengkal atau satu hasta )adalah termasuk

sunnah-sunah bagi kaum wanita yang telah

ditinggalkan orang pada masa sekarang ini.

Tetapi ketika orang-orang kafir juga melakukannya

pada beberapa acara rasmi mereka sebagaian kaum

muslimin yang sudah ternodai pikiran mereka

menganggap itu sebagai kebiasaan yang bagus, dan

mereka pun mengikutinya, untuk meniru orang-orang

kafir tersebut. Sebaliknya, di selain acara-acara

khusus tersebut mereka kembali kepada kebiasaan

orang kafir dengan mengenakan pakaian mini/ketat

atau You Can See !!! dalam dua kesempatan itu

mereka tetap berdosa.


Kaedah ketiga: Jangan sampai menyerupai kaum

lelaki dalam segala sisinya.


Kaedah keempat: Jangan berbentuk permanen sehingga

tidak hilang seumur hidup

Kaedah kelima: Jangan mengandung pengubahan

ciptaan Allah subhanahu wa ta'ala

Kaedah keenam: Jangan mengandung bahaya terhadap

tubuh.


Kaedah ketujuh: Jangan sampai menghalangi masuknya

air ke kulit,atau rambut terutama yang sedang

tidak berhaid

Kaedah kedelapan: Jangan mengandung pemborosan

atau membazir wang.


Kaedah kesembilan: Jangan membuang- buang waktu

lama dalam arti, berhias itu menjadi "perhatian

utama" seorang wanita

Kaedah kesepuluh: Penggunaannya jangan sampai

membuat si wanita takabur, sombong dan

membanggakan diri dan tinggi hati dihadapan orang

lain


Kaedah kesebelas: Terutama, dilakukan untuk suami.

boleh juga ditampakkan dihadapan yang halal

melihat perhiasannya sebagaimana difirmankan oleh

Allah dalam Al-Qur'an ayat 31 dari surat An-Nur

Kaedah keduabelas: Jangan bertentangan dengan

fitrah


Kaedah ketigabelas: Jangan sampai menampakan aurat

ketika dikenakan. Aurat wanita dihadapan sesama

wanita adalah dari mulai pusar hingga lutut namun

itu bukan berarti seorang wanita bisa dengan

wanita menampakan perut punggung atau betisny

dihadapan sesama wanita tetapi maksudnya adlah

bila diperlukan, seperti ketika hendak menyusukan

anak atau mengangkat kain baju unutk satu

keperluan sehinggan sebagian betisnya terlihat,

dst. Adapu bila ia sengaja melakukannay karena

mengikuti mode dan meniru wanita-wanita kafir,

tidak dibolehkan.Wallahu'alam. dan terhadap kaum

laki-laki adalah seluruh tubuhnya tanpa

terkecuali..


Kaedah keempat belas: Meskipun secara emplisit ,

janggan sampai menampakan postur wanita bagi laki

yang bukan mukhrim menampakan diri wanita dan

menjadikannya berbeda dari wanita lain, sehingga

menjadi pusat perhatian. itulah yang dinamakan :

jilbab modis.

Kaedah kelima belas: Jangan sampai meninggalkan

kewajibannya, sebagaimana yang dilakukan oleh

sebagian wanita pada malam penggantin mereka atau

pada berbagai kesempatan lainnya.


Inilah beberapa kaedah penting bagi wanita dalam

berhias sebatas yang nampak bagi penulis dari

nash-nash syari'at dan pernyataan para ulama

hendaknya setiap wanita menghadapkan diri kepada

masing-masing kaedah ini ketika berhias. Satu saja

yang hilang, maka berati ia dilarang berhias

dengan cara itu. Wallahua 'alam .. Sama-sama lah

kita renungi...


*peringatan untuk diriku yang selalu alpa...

*Ya Allah.... berikanlah kami kekuatan untuk

menempuh pancaroba keimanan ini dengan penuh rasa

ketakwaan di dalam hati kami dan di bawah kasih Mu

, Ya Allah... ameenn...

wasallam


1 ulasan:

  1. Maha Suci Alloh Tuhan yang telah memberikan karuniaNya kepada siapa saja yang dikehendakiNya
    indah dan bagusnya artikel yang ukhti buat itu. ku turut berdo'a semoga kita selalu diberikan kemampuan untuk menjalankan islam yang benar. sabar dalam derita dan sengsara syukur dalam nikmat dan bahagia.

    BalasPadam