Pengiktirafan Allah terhadap kehendak manusia
زيّن للناس حب الشّهوت من النسآء والبين والقنطير المقنطرة من الذهب والفضّة والخيل المسوّمة
والأنعم والحرث ذلك متع الحيوة الدنيا والله عنده حسن المئاب
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)" (Ali Imran : 14)
Islam mengiktiraf kehendak manusia dan tidak menghalangnya, Cuma perlu disalurkan ke jalan yang betul dan tidak melampau-lampau demi kemaslahatan masyarakat.
b- Suruhan menjaga pandangan dari perkara yang haram
"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.
dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka….” (An-Nur: 30-31)
Ayat ini mengaitkan pandangan mata dengan menjaga kemaluan, menunjukkan betapa pandangan mata adalah punca yang boleh membawa kepada zina maka ia perlu dijaga. Firman Allah mafhumNya:
c- Larangan melakukan perkara-perkara yang membawa kepada zina
Lafaz 'jangan menghampiri' (bukan jangan lakukan) dalam firman Allah di atas menunjukkan bukan sahaja zina itu haram, bahkan segala perkara yang boleh membawa kepada zina juga adalah haram. Ini dikuatkan dengan Sabda Rasulullah saw:
... العينان زناهما النظر ، والأذنان زناهما الاستماع ، واللسان زناه الكلام ، واليد زناها البطش والرجل زناها الخطا ،
والقلب يهوى ويتمنى ، يصدق ذلك الفرج أو يكذبه [متفق عليه[
(…Zina bagi kedua mata adalah pandangan, bagi kedua telinga adalah pendengaran, bagi lidah adalah percakapan, bagi tangan adalah tindakan (kea rah zina), bagi kaki adalah langkah (ke tempat zina) dan (zina bagi) hati adalah dengan berkeinginan syahwat dan berkhayal, kesemua ini boleh jadi disusuli dengan zina pada kemaluan atau pun tidak.) (Hadith Muttafaqun 'Alaih)
d- Apa yang dilakukan jika terlihat wajah wanita?
وعن جرير بن عبدالله قال: { سألت رسول الله صلى عليه وسلم عن نظرة الفجاءة فأمرني
أن أصرف بصري } [رواه مسلم].
وعند أبي داود أنه قال له. { اصرف بصرك {.
“Daripada Jabir bin Abdullah ra. Berkata: Aku telah bertanya kepada Rasulullah saw mengenai pandangan terhadap wanita secara mengejut (tidak sengaja), maka baginda saw menyuruh aku supaya memalingkan pandanganku (HR Muslim) dalam riwayat Abu Dawud, Rasulullah saw berkata kepada Jarir ra. : "Palingkanlah pandanganmu".”
As-syeikh Ibn 'Uthaimin rh dalam Syarah Riyadus-Solihinnya menjelaskan: "Asal hukum memandang kepada perempuan yang bukan mahram dalam keadaan tidak ada keperluan yang syarii adalah haram, melainkan jika tidak sengaja maka dimaafkan. (dengan syarat hendaklah dia memalingkan pandangannya dengan segera seperti dalam hadith di atas)
Bagi perempuan pula, tidaklah haram memandang lelaki sekalipun yang bukan mahram selagi mana tidak merasa seronok melihat lelaki tersebut atau menimbulkan syahwat." (Syarh Hadith ke 1625)
Jika terlihat pun disuruh memalingkan pandangan, bagaimana pula jika sengaja melihat?
e-Larangan melunakkan suara bagi wanita
“ Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan)” (Al-Ahzab:32)
f- Pandangan Islam terhadap muzahamah (bersesak-sesak) sesama bukan mahram
قال رسول الله (ص): "لأن يحزم رجل خنزيرا متلطخا بطين او حمأة , خير له من أن يحزم منكبه منكب امرأة لا تحل له"
Rasulullah saw telah bersabda: "Sesungguhnya adalah lebih baik bagi seorang lelaki bersesak-sesak dengan babi yang berlumpur daripada bersesak-sesak dengan perempuan yang tidak halal baginya." (HR At-Tabrani)
g- Berdua-duaan
قال رسول الله (ص): "لا يخلونّ أحدكم مع امرأة الا مع ذي محرم" – متفق عليه-
Sabda Rasulullah saw: "Janganlah kamu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan dengan adanya mahram." (Hadith Muttafaqun 'Alaih)
Sekadar untuk renungan bersama adakah benar-benar kita mengamalkan ikhtilat dengan sepenuhnya sepertimana yang termaktub di dalam al-Quran atau kita adalah sebahagian dari golongan yang dimurka oleh Allah iaitu golongan yang mengamalkan sebahagian dari perintahNya dan meninggalkan sebahagianNya?
Renung-renungkanlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan