Catatan ini ana nukilkan khas buat
sahabat yang ana cintai kerana Allah, iaitu Saudari Nurhayati binti Mohd Azelan
dari kos pendidikan Matematik:)
Sahabatku, Hayati...
Kehidupan ini sama seperti asap yang
kelihatan hanya sebentar sahaja, lalu lenyap. Sesungguhnya manusaia seperti
nafas dan semuanya sia-sia. Ramai yang berharap untuk kehidupan ini dan mereka
menganggap inilah 'kampung halaman' yang sebenar. Setiap hari mereka sibuk
dengan urusan dunia, mencari duit, bekerja dan bersuka ria. Mereka lupa diri,
bahawa saatnya akan tiba apabila segalanya berakhir dan kita akan kembali ke
'kampung halaman' yang hakiki, iaitu syurga atau neraka.
Kehidupan juga penuh dengan penderitaan dan
air mata. Oleh itu, sahabatku...
Sapulah air matamu...lihatlah disekililingmu...masih ramai insan
yang belum dikurniakan nasib yang baik seperti diri kita....mungkin kita
merasakan berat ujian yang digalas dipundak ini, sehingga tak terjangkau dek kemampuan diri...namun, ingatlah! Jika kita merasakan diri kita ini lemah tak
bermaya. Jangan dilupa akan saudara-saudara kita yang masih berat ujiannya...bagaimana
mereka masih lagi tabah tersenyum menghadapi risiko kehidupan yang diberikan olehNya...
Sesungguhnya sahabatku, Allah itu langsung tidak menzalimi kita dengan membalas
dendam atas kesilapan yang seringkali kita ulangi. TETAPI setiap musibah, ujian
dan juga dugaan yang diberikan adalah salah satu tanda bagaimana Allah
membuktikan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.
Lantas menyeru dibenak fikiran kita...bukti
kasih sayang Allah? Benarkah?
BENAR ukhtyku...
Sememangnya fitrah manusia mencari nilai ketuhanan apabila diri
diuji dengan rintangan. Bagaimana kita lihat para solafussoleh yang terdahulu
mereka rata-ratannya dari golongan yang paling banyak diuji..ini kerana,
apabila hati kita sering diuji, maka kebergantungan kita kepada Allah semkin
kuat berbanding dengan hati yang sering dibajai dengan kemewahan. Lihatlah perbandingan
kehidupan antara kehidupan kita dengan saudara kita di Gaza, Syiria...bagaimana
mereka begitu yakin dengan pertolongan Allah berbanding kita yang hidup dalam
keadaan aman dan damai.
Oleh itu,
ukhtyku…
Jadikanlah segala ujian dan musibah
yang menimpamu sebagai biji-biji benih yang tunasnya menghala pucuknya ke jalan syurga. Jadilah insan yang redha dalam menerima segala dugaan yang menimpa
diri. Mungkin, diri ini masih belum lagi teruji dengan kata-kata sendiri. Namun,
percayalah ukhty, bahawasnya ‘hanya insan istimewa’ sahaja akan menerima
pentarbiyyahan direct dari Allah. Bersyukurkalah diatas kurniaan benih-benih
syurga kerana itulah buktinya Allah Ma’an dan Dia tidak meninggalkan kita bersendirian.
Akhir
kalamku, dekatlah dirimu dengan Allah…mudah-mudahan ukhty memperolehi kunci
ketenangan dan kedamaian. Senyumlah! Semoga senyuman itu menjadi saksi
ketulusan hatimu dalam menerima benih-benih syurga…Isbir ya ukhty…fasabran
jamil!
kata-kata yang disebut oleh ayah Nabi Yusuf
a.s:
فَصَبْرٌ جَمِيلٌ وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ
عَلَى مَا تَصِفُونَ
Yang bermaksud: Kalau begitu
bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya dan Allah jualah yang dipohonkan
pertolongan mengenai apa yang kamu katakan itu.
Maafkan ana sekiranya kelancangan kata-kata yang mengguriskan hati…
salam kerendahan hati tautan mahabbah fillah
salam kerendahan hati tautan mahabbah fillah
Wallahu’alam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan