JellyPages.com

JUmlaH PeLawAt

sahabat^^,

Selasa, 18 Disember 2012

mujahadah...ingat senang ker! sembang bolehlah!

     
            Semestinya untuk melakukan sesuatu perubahan kearah kebaikkan adalah sukar apatah lagi untuk meng'istiqamah'kan kebaikkan tersebut. Ianya sangat-sangat sukar dan memerlukan pengorbanan yang cukup signifikan bagi merealisasikan perkataan mujahadah.

Sebelum kaki jauh mengorak langkah, apa kata kita menyelusuri terlebih dahulu definisi mujahadah.
Secara umumnya, Ta’rif mujahadah menurut bahasa, syar’i, dan istilah yang terkandung dalam kitab Jami’ul Ushul Fil-Auliya, hal 221 :

أَمَّاالْمُجَاهَدَةُ فَهيَ فِي اللُّغَةِ الْمُحَارَبَةُ وَفِي الشَّرْعِ مُحَارَبَةُ  أَعْدَآءِ اللهِ , وَفِي اصْطـِلاَحِ أَهْلِ الْحَـقِـيْقَة ِ مُحَــارَبَةُ النَّفـْسِ الأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَتَحْمِيْلُهَا مَا شَقَّ عَلَيْـهَا ِممَّا هُوَ مَطْلـُوْبٌ شَرْعًا . وَقَالَ بَعْضُـهُمْ : الْمُـجَاهَدَةُ مُخَالَـفَةُ النَّفْسِ , وَقَالَ بَعْضُهُمْ : المـُجَاهَدَةُ مَنْعُ النَّفْس ِ عَنِ الْمَـأْلُوْ فَاتِ

“erti mujahadah menurut bahasa adalah perang, menurut aturan syara’ adalah perang melawan musuh-musuh Allah, dan menurut istilah ahli hakikat adalah memerangi nafsu amarah bis-suu’  dan memberi beban kepadanya untuk melakukan sesuatu yang berat baginya yang sesuai dengan aturan syara’ (agama). Sebagian Ulama mengatakan : "Mujahadah  adalah tidak menuruti kehendak nafsu”, dan ada lagi yang mengatakan: “Mujahadah adalah menahan nafsu dari kesenangannya”.
               Intipati yang dapat kita petik dari definisi tersebut mujahadah adalah satu peperangan. Atau dengan kata lain, berperang dengan hawa nafsu kita sendiri.
               Justeru itu, ana menegaskan kembali tajuk yang ana nyatakan di atas mujahadah? Ingat mudah ker! Sembang bolehlah!
Saudara saudariku yang dirahmati Allah sekalian..
               Ya! Ana setuju mujahadah bukanlah sesuatu yang mudah sebagaimana mudahnya dilafazkan dibibir. Apatah lagi dilafazkan oleh lidah yang tidak bertulang.
               Kendatipun begitu, mujahadah tidaklah begitu sukar sekiranya kita memahami konsepnya terlebih dahulu dan mengambil langkah yang betul sebelum memulakan tindakan. Bak kata pepatah ‘yang pipih tidak akan datang melayang, yang bulat tidak datang menggolek’.
 Idealnya, mujahadah dapat diimplementasikan dengan melaksanakan rukun-rukun mujahadah.
               1. Ber’uzlah
Beruzlah bermaksud menyendiri. Walaubagaimanapun menyendiri di sini bukanlah bermaksud menjauhkan diri daripada masyarakat sepertimana yang dilarang di dalam Islam. ‘Uzlah di sini bertujuan bersendirian dan memuhasabah diri untuk membersihkan jiwa dan hati dari segala noda-noda hitam yang bertapak dalam hati.
               Iaitu merenung kembali segala dosa-dosa dan kesilapan yang dilakukan. Dan menginsafi akan dosa-dosa tersebut.

2.Diam
Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bertemu Abu Zar r.a. Baginda S.A.W telah bersabda: “Abu Zar! Mahukah aku khabarkan kepadamu dua perkara yang mana mengamalkannya adalah terlalu mudah dan sangat berat pada neraca timbangan berbanding amalan lain?”
Abu Zar r.a telah berkata: “Ya Rasulullah S.A.W khabarkanlah.”
Baginda S.A.W bersabda: “Biasakanlah diri untuk berakhlak mulia dan berdiam diri. Demi zat jiwa Muhammad S.A.W ditangannya! Tidak ada amalan yang dilakukan oleh semua makhluk yang sebaik kedua-dua amalan ini.”[Hadis riwayat Baihaqi]
Ini kerana semakin lantang kita berbicara semakin banyak hati yang terluka. Semakin rancak kita bercakap makin terbilang kesilapan kita. Namun, berbicara yang dimaksudkan disini adalah omong-omong kosong. Tanpa ada matlamat dan tujuan yang jelas.

              3.Menahan Lapar
Sabda Rasulullah S.A.W: “Ke atas kamu semua(digalakkan) dengan kesedihan sesungguhnya dengan kesedihan itu membuka (menyedarkan) hati. Maka mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah sedih itu? Bersabda nabi S.A.W: “Tundukkan jiwa kamu semua dengan berlapar dan dahaga.”[Hadis riwayat At-Tabrani]
Sekilas imbas, bagaimanakah keadaan kita disaat kita berpuasa? Penat? Lesu? Tak bermaya? Sesungguhnya dalam keadaan kita berpuasa badan kita menjadi kurang bertenaga selari jualah dengan nafsu kita.
               Oleh itu, dalam keadaan kita tidak terlalu kekenyangan, kita mampu menjinakkan nafsu-nafsu kita yang liar. Walaupun mungkin tidak seratus peratus tetapi sekurang-kurangnya dapat meminimakan keaktifannya.

       4.Berjaga malam
“Sesungguhnya bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan.”[Surah Al-Muzzammil:6]
               Apabila batin kita terisi dengan cintaNya in shaa Allah! Pasti jalan mujahadah kita dapat berjalan dengan lancar dan mudah. Ini kerana, sehebat mana pun kita,siapa pun kita…andainya lupa untuk bersujud kepadaNya. Maka tidak akan berguna sama sekali. Walhal kita merancang dengan hebat tetapi tanpa memohon kepadaNya maka semua itu tidak akan berlaku.
Sebagai konklusinya, benar! bukan mudah untuk mujahadah. Bukan mudah untuk berperang dengan bisikan nafsu syaitan. Pelbagai ujian perlu ditempuh. Namun begitu, susah tidak bermakna kita tidak mampu. Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya dengan sesuatu yang tak sanggup kita hadapi. Allah lebih mengetahui tentang diri kita. Allah selalu beri yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Selamat bermujahadah!
                          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan