JellyPages.com

JUmlaH PeLawAt

sahabat^^,

Selasa, 31 Julai 2012

hakikat cinta










       "Sekalipun cinta telah ku huraikan dan ku jelaskan dengan panjang lebar, namun jika cinta ku datangi… aku jadi malu pada keteranganku sendiri. Meskipun lidahku telah mampu menghuraikan.. namun tanpa lidah,.. cinta ternyata lebih terang. Sementara pena begitu tergesa-gesa menulis sekali.. kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta…""Dalam menghuraikan cinta, akal terbaring tak berdaya, bagaikan keledai terbaring dalam lumpur.. Cinta sendiri lah yang menerangkan cinta dan percintaan…”

     begitulah bait kata yang indah yang diungkapkan oleh anna dalam filem ketika cinta bertasbih...

         dan sering kali, apabila bercakap tentang cinta mata kita terbuka luas, badan yang lesu terus bersemangat. begitu hebat cinta,bukan?namun tahukah kita apa itu cinta?

         pertamanya, ayuhlah kita mengenali dahulu perkataan cinta itu sendiri. cinta dalam bahasa arab ialah al-hubb atau hibb yang membawa erti kecenderungan atau ikatan hati yang berlaku antara kedua-belah pihak yang mencintai.

          oleh itu, perkataan cinta ini terlalu sinonim dengan ikatan hati di antara dua individu yang berbeza jantinanya. maka penulisan kali ini lebih terarah kepada cinta diantara DUA HATI YANG BERBEZA JANTINANYA.
         rasa cinta adalah satu nikmat perasaan yang cukup berharga yang telah dikurniakan kepada kita. dan begitu juga dengan jatuh cinta.

        jatuh cinta adalah perkara yang fitrah buat kita sebagai manusia normal. jangan dibenci rasa cinta itu, kerana ianya adalah satu nikmat yang berharga sebagaimana yang telah diungkapkan oleh bak husna:-

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..

        namun, berlaku sedikit keralatan pada kesucian yang ada pada cinta kerana fitrah cinta itu telah kita nodai dengan mengisi rasa cinta itu dengan perkara-perkara yang membawa kemaksiatan kepada Rabbul Jalil. sedangkan rasa cinta yang wujud itu membolehkan kita melayar rasa supaya jalinan hati yang erat dengan Sang Pencipta.
sayang seribu kali sayang, kita telah gagal menafsirkan cinta dengan sebenarnya.


       oleh itu, aku perpesan kepada diriku dan temanku ayuhlah kita  mensucikan jiwa kembali kearah keimanan dan meninggalkan perkara-perkara yang membawa kita terjerumus ke arah kemaksiatan...


   dimana Sheikh Sya’rawi berpesan "Sesungguhnya iman bukan semata-mata ucapan tetapi memerlukan ujian untuk menthabitkan bahawa kamu diuji dan berjaya dalam ujian. Fitnah merupakan ujian, justeru jangan menyangka masalah berlaku secara mudah dengan hanya berkata kami membawa dakwah kebenaran." 









Ahad, 22 Julai 2012

ikhlas

         


               Ikhlas berasal dari kata dasar kha-la-so yang membawa maksud bersih atau suci. menurut Ibnu al-Qayyim ikhlas ialah "mengesakan Allah yang Haq bertujuan hanya kepadaNya tanpa mempersekutukannya dengan sesuatu pun."
         seseorang yang ikhlas tidak menghiraukan pujian, sanjungan dan penghargaan dari manusia kerana kebergantungan dan kecintaanNya hanya semata-mata kerana Allah. Nilai hatiNya hanya untuk Allah tanpa mengambil kira bicara kata manusia. Hal ini bertujuan untuk meraih hubungan hatinya dengan Allah. bahkan, dalam masa yang sama dia tidak mahu orang lain mengetahui  amal kebaikannya walaupun sebesar zahrah pun.  
         seseorang yang ikhlas diumpakan sebagai seekor semut yang berwarna hitam yang berjalan diatas waktu hitam diwaktu malam. sudah pasti kita tidak nampak bukan? begitulah sikap orang yang ikhlas ketika melakukan sesuatu amal ibadat kepada Allah. 
          
        Tindakan dan kelakuan seseorang yang ikhlas itu selaras dengan firmanNya dalam surah al-an'am  ayat 162-163.


  
               
              sahabatku,


           cuba kita imbas kembali, renung kembali bagaimana pula dengan ibadah kita. adakah kita tergolong dalam golongan "orang ikhlas" atau berada dalam golongan yang ingin bermegah-megah dengan amal yang dilakukan? sekiranya dalam melakukan amal ibadat, kita TERWUJUDkan sedikit rasa riak MAKA segerahlah kita mentajdidikan kembali niat kita ikhlas kerana Allah ta'ala mudah-mudahan hati kita yang rapuh itu kembali mengingati Penciptanya...

            mudah-mudahan amalan ibadah kita bukanlah seperti debu-debu yang beterbangan yang tidak mempunyai nilai disisi Allah ta'ala sebagaimana firmannya dalam surah al-furqan ayat 23:-






wallahu'alam


apa yang baik itu datangnya daripada Allah Ta'ala
   dan yang buruk itu adalah kelemahan diri ana sendiri...


salam sayang dari ana,
puteri permata biru

Sabtu, 21 Julai 2012

lambaian kasih ramadhan




Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita telah mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat iaitu ramadhan.

sahabatku, 
         Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.
       
          Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya kita merasakan kehausan dan kekeringan di waktu siang hari di bulan puasa kerana istilah Ramadhan itu sendiri telah menggambarkan akan situasi pelakunya sepanjang tempoh bulan Ramadhan tersebut.

       Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ‘Siyam’ atau ‘Soum’ Kedua-duanya berasal dari kata dasar ‘Sa-wa-ma’, di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.
     
             Bercerita tentang taqwa, hatiku tertarik dengan bait-bait kata yang dinukilkan dari ulama terkenal dari negeri kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz di mana beliau mengatakan bahawa "taqwa itu letaknya dalam hati dan hati itu berada di dalam, tidak nampak; tetapi kesan ataupun tinggalan kerja-kerja taqwa itu tetap masih boleh dilihat,dirasa dan dikesan kehadirannya." begitu malunya taqwa dalam menyembunyikan identitinya.

     sahabatku,

     sebagaimana kita sedia maklum, Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka.  sebagaimana sabda rasulullah saw dalam hadis riwayat bukhari dan muslim



وقال صلى الله عليه وسلم
 (  إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار وصفدت الشياطين )
 متفق عليه. 

maksudnya: apabila tiba bulan ramadhan dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan yang durjana.

           Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jasmani, jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh, solat-solat sunat, berzikir  dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.


       menguatkan jasmani?
        Ingatlah bahawa kedatangan Ramadhan adalah tempoh masa untuk kita merehatkan organ percernaan dari terus-menerus melakukan aktiviti mengisar makanan tanpa henti selama 11 bulan. maka, kita seharusnya mengambil ibrah bagaimana Allah mahu mengajar kita supaya berwaspada ketika berbuka. 


       Namun, begitu sukar untuk mendidik diri supaya bercukup-cukupan sewaktu berbuka bahkan menyebabkan berlaku lambakan juadah berbuka puasa dan mencetuskan pembaziran. fenomena ini terlalu biasa berlaku sama ada dalam kalangan masyarakat desa mahu pun bandar. seolah-olah kita menqadha kembali tempoh menahan diri dari makan dengan mencatukan semuanya pada waktu berbuka dengan menyumbat segala aneka makanan sewaktu berbuka...adakah dengan begitu puasa akan berfungsi sebagai menguatkan jasmani? tentu sekali tidak sahabatku.
hakikatnya, kita puasa terlalu jauh dengan konsep yang telah digariskan oleh baginda. justeru itu, ayuhlah kita kembali kepada keadaan yang asal mengikut sunnah baginda mudah-mudahan dengan makan yang sedikit itu meringankan anggota badan kita untuk beribadat kepadanya.

         menguatkan jiwa dan rohani?

           kita sebagai insan yang biasa lemah dan sering tewas dengan tuntutan nafsu syahwat dan bisikan syaitan maka dengan ketibaan bulan yang penuh keberkatan ini mampu mengekangkan kelakuan-kelakuan kita yang buruk dengan memperbanyakan amalan-amalan sunat yang mana sebelum ini tidak kita lakukan tetapi azam ramadhan kali ini MESTI lakukan. 


     keazaman yang tinggi harus disetkan diminda untuk melakukan amalan-amalan sunat yang mana ramadhan sebelum ini tidak sempat kita lakukan. dengan cetusan perubahan yang sedikit mampu membawa perbezaan yang begitu hebat buat diri kita. awalnya, sedikit tidak mengapa yang penting istiqamah! 


 sahabatku,


       ramadhan kali ini, mungkin juga menjadi ramadhan yang terakhir buat kita. andainya, ini adalah ramadhan kita yang terakhir, tegakah kita melepaskan peluang dan ruang untuk mempersembahkan koleksi amalan ramadhan yang selekeh dan hambar kepadaNya. sedangkan betapa rahmatNya meluas kepada kita agar kita merebut peluang untuk memperoleh ganjaran yang begitu banyak di bulan yang penuh keberkatan ini.
"aku adalah orang kaya!" kaya di dunia hanya wang dan harta menjadi ukurannya,
tetapi kaya 'disana' adalah pahala yang diperolehi sewaktu kita berada disini....
sini sahabatku, tempat aku dan kamu berpijak,,,

   renung-renungkan...kita mahu menjadi si kaya yang mana...dunia atau akhirat...

selamat berfikir sahabatku...

salam sayang dari ana,
puteri permata biru