JellyPages.com

JUmlaH PeLawAt

sahabat^^,

Sabtu, 21 Julai 2012

lambaian kasih ramadhan




Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita telah mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat iaitu ramadhan.

sahabatku, 
         Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.
       
          Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya kita merasakan kehausan dan kekeringan di waktu siang hari di bulan puasa kerana istilah Ramadhan itu sendiri telah menggambarkan akan situasi pelakunya sepanjang tempoh bulan Ramadhan tersebut.

       Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ‘Siyam’ atau ‘Soum’ Kedua-duanya berasal dari kata dasar ‘Sa-wa-ma’, di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.
     
             Bercerita tentang taqwa, hatiku tertarik dengan bait-bait kata yang dinukilkan dari ulama terkenal dari negeri kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz di mana beliau mengatakan bahawa "taqwa itu letaknya dalam hati dan hati itu berada di dalam, tidak nampak; tetapi kesan ataupun tinggalan kerja-kerja taqwa itu tetap masih boleh dilihat,dirasa dan dikesan kehadirannya." begitu malunya taqwa dalam menyembunyikan identitinya.

     sahabatku,

     sebagaimana kita sedia maklum, Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka.  sebagaimana sabda rasulullah saw dalam hadis riwayat bukhari dan muslim



وقال صلى الله عليه وسلم
 (  إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار وصفدت الشياطين )
 متفق عليه. 

maksudnya: apabila tiba bulan ramadhan dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan yang durjana.

           Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jasmani, jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh, solat-solat sunat, berzikir  dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.


       menguatkan jasmani?
        Ingatlah bahawa kedatangan Ramadhan adalah tempoh masa untuk kita merehatkan organ percernaan dari terus-menerus melakukan aktiviti mengisar makanan tanpa henti selama 11 bulan. maka, kita seharusnya mengambil ibrah bagaimana Allah mahu mengajar kita supaya berwaspada ketika berbuka. 


       Namun, begitu sukar untuk mendidik diri supaya bercukup-cukupan sewaktu berbuka bahkan menyebabkan berlaku lambakan juadah berbuka puasa dan mencetuskan pembaziran. fenomena ini terlalu biasa berlaku sama ada dalam kalangan masyarakat desa mahu pun bandar. seolah-olah kita menqadha kembali tempoh menahan diri dari makan dengan mencatukan semuanya pada waktu berbuka dengan menyumbat segala aneka makanan sewaktu berbuka...adakah dengan begitu puasa akan berfungsi sebagai menguatkan jasmani? tentu sekali tidak sahabatku.
hakikatnya, kita puasa terlalu jauh dengan konsep yang telah digariskan oleh baginda. justeru itu, ayuhlah kita kembali kepada keadaan yang asal mengikut sunnah baginda mudah-mudahan dengan makan yang sedikit itu meringankan anggota badan kita untuk beribadat kepadanya.

         menguatkan jiwa dan rohani?

           kita sebagai insan yang biasa lemah dan sering tewas dengan tuntutan nafsu syahwat dan bisikan syaitan maka dengan ketibaan bulan yang penuh keberkatan ini mampu mengekangkan kelakuan-kelakuan kita yang buruk dengan memperbanyakan amalan-amalan sunat yang mana sebelum ini tidak kita lakukan tetapi azam ramadhan kali ini MESTI lakukan. 


     keazaman yang tinggi harus disetkan diminda untuk melakukan amalan-amalan sunat yang mana ramadhan sebelum ini tidak sempat kita lakukan. dengan cetusan perubahan yang sedikit mampu membawa perbezaan yang begitu hebat buat diri kita. awalnya, sedikit tidak mengapa yang penting istiqamah! 


 sahabatku,


       ramadhan kali ini, mungkin juga menjadi ramadhan yang terakhir buat kita. andainya, ini adalah ramadhan kita yang terakhir, tegakah kita melepaskan peluang dan ruang untuk mempersembahkan koleksi amalan ramadhan yang selekeh dan hambar kepadaNya. sedangkan betapa rahmatNya meluas kepada kita agar kita merebut peluang untuk memperoleh ganjaran yang begitu banyak di bulan yang penuh keberkatan ini.
"aku adalah orang kaya!" kaya di dunia hanya wang dan harta menjadi ukurannya,
tetapi kaya 'disana' adalah pahala yang diperolehi sewaktu kita berada disini....
sini sahabatku, tempat aku dan kamu berpijak,,,

   renung-renungkan...kita mahu menjadi si kaya yang mana...dunia atau akhirat...

selamat berfikir sahabatku...

salam sayang dari ana,
puteri permata biru
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan