JellyPages.com

JUmlaH PeLawAt

sahabat^^,

Selasa, 23 Oktober 2012

izinkan abang bernikah satu lagi...?




Poligami dari sudut bahasa adalah bermaksud menghimpunkan beberapa isteri dalam satu masa. Mengikut Kamus Dewan pula, poligami bererti amalan beristeri lebih daripada seorang pada masa yang sama. Manakala  perkataan poligami dalam bahasa arab disebut Ta’addad al-Zawjatتعدد الزوجات . Asal perkataan Ta’addad (تعدد) bererti bilangan, manakala perkataan al zawjat (الزوجات) diambil dari perkataan al-zawjat (الزوجة) yang bererti isteri. Dua perkataan tersebut apabila digabungkan membawa erti isteri yang banyak atau berbilang-bilang.
Dalil Allah S.W.T:

 وَإِنْ خِفْتُمْ أَلا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلا تَعُولُوا (٣)
3. dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
Sebagaimana yang kita ketahui perkataan poligami dan wanita tidak dapat dipisahkan. Ianya seumpama lagu dan irama. Namun menjadi titik persoalannya, masih adakah lagi wanita yang sudi berkongsi suami di era terkini ini? Justeru itu, artikel ini ditulis khas buat wanita-wanita yang belum mengetahui kelebihan di sebalik tirai poligami. Adakah ianya sesuatu kezaliman, kekejaman atau pun deskriminasi terhadap wanita?

Tujuan Allah membenarkan lelaki mengahwini 4 orang wanita dalam satu-satu masa bukanlah bertujuan untuk menyakiti atau menzalimi wanita tetapi adalah untuk memartabatkan maruah wanita itu sendiri. Jika difikirkan, sememangnya itu ada satu ketidakadilan. Ya, memang! Namun, jangan dilupa, kita berfikiran sebegitu adalah kerana kita sekarang ini berada dalam zon yang selesa sama ada dari segi keamanan Negara, pekerjaan, kemewahan dan sebagainya. Justeru itu, pemikiran-pemikiran negative berkaitan polgami mula timbul di benak pemikiran kita.
Cuba kita bayangkan, seandainya kita berada di sebuah Negara yang mengalami peperangan yang amat dahsyat malahan pula kita tidak mempunyai saudara mara lelaki yang mampu melindungi diri kita daripada kekejaman askar-askar yang saban hari menggila mencari mangsa untuk melunaskan nafsu buasnya. Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang datang memberikan perlindungan kepada kita. Menjaga kita daripada menjadi mangsa rogol oleh tentera-tentera. Adakah di saat itu kita masih terfikir untuk memilih sama ada lelaki itu sudah berkahwin atau belum? Mempunyai isteri berapa dan kita yang ke berapa? Tentu sekali tidak bukan? Apa yang penting adalah selamat!
Nah!  Di sinilah kita baru merasai betapa beruntungnya Allah mensyariatkan hukum poligami dalam Islam.
Justeru itu, artikel ini ditulis untuk melontarkan pandangan berkaitan dengan kelebihan poligami dalam Islam. 
Pertamanya ialah untuk mendapatkan keturunan kerana isteri disahkan tidak dapat melahirkan zuriat kepada suaminya. Sekiranya dinilai dari sudut emosi sudah pastinya kita merasakan bahawa ianya sesuatu yang tidak adil. Namun jika kita soroti kembali, bagaimana nasib wanita yang kurang bernasib baik masih lagi terbela di bawah naungan kasih sayang suaminya. Bahkan, melalui berpoligami wanita tersebut mampu merasai bagaimana perasaan menjadi seorang ibu. seseorang wanita itu tidak ditinggalkan sebegitu sahaja lantaran kekurangannya dalam menyambung generasi sang suami

Selain itu, poligami juga mampu mencegah lelaki yang mempunyai kemahuan dan nafsu seks yang tinggi daripada melakukan perbuatan  zina dengan cara mengunjungi pusat-pusat pelacuran. Namun, menjadi persoalan dibenak fikiran saya, marcapada ini, bagaimana seorang isteri lebih rela membiarkan suaminya menempah wanita bagi melunaskan aktiviti ranjangnya berbanding menangung perasaan malu sekiranya teman-teman mengetahui dirinya telah dimadukan. Sedangkan poligami adalah sesuatu yang mulia dan halal di sisi Islam. Lebih-lebih lagi menjaga maruah dan nasab keturunan anak yang lahir berbanding dengan perbuatan berzina.

Tambahan pula, poligami juga mampu menghindari perempuan daripada bergelar andartu. Ini kerana, pada zaman sekarang jumlah perempuan melebihi jumlah lelaki. Maka, dengan poligami ini, mereka mampu merasai kehidupan berumahtangga. Cuma yang membezakannya adalah mereka perlu berkongsi suami dan mempunyai giliran untuk berkhidmat untuk suami mereka. Mungkin ada orang berkata berjumpa selang sehari ini tidak bagus kerana merenggangkan perhubungan. Tetapi jika dirujuk buku 'man from mars and woman from venus'  oleh pakar hubungan jantina Dr John Gray, katanya 'bertemu suami selang sehari akan lebih merapatkan hubungan dan menghangatkan cinta dan duduk rapat setiap masa akan melemahkan cinta'.
 Sekiranya anda mempunyai keraguaan, sila baca bab "men are like rubber band" yang menceritakan bahawa salah satu kriteria lelaki ialah cinta mereka seperi getah gelung. bila berjauhan, cinta lelaki itu akan makin meningkat seperti getah gelung yang ditarik. tetapi apabila sudah berdekatan sangat lama, cinta kaum adam akan mula kurang 'regangannya'. buku ini adalah buku yang sangat menakjubkan tentang perbezaan dua dunia antara lelaki dan wanita. buku ini adalah antara buku terlaris di dunia. 

Secara kesimpulannya, bukanlah poligami yang bermasalah tetapi orang yang berpoligami itu yang bermasalah. 
Allah tidak menghalalkan sesuatu yang memudharatkan manusia. Namun disebabkan sikap yang dibuat oleh segelintir individu yang mempraktikkan poligami, maka kita secara borong mengatakan bahawa poligami membawa kepada masalah. 
setiap hari kita mendengar individu mati disebabkan oleh kemalangan ketika menaiki kereta, saya tidak pernah mendengar orang menuduh kemalangan itu disebabkan oleh kereta yang dinaiki tetapi sikap pemandu ketika memandu.
 Begitulah juga  dengan poligami. saban hari masalah yang kita baca di dada akhbar tentang poligami adalah datangnya dari orang yang mengamalkan poligami dan bukannya poligami itu sendiri. ramai orang yang mengamalkan poligami berada dalam keada bahagia tetapi tidak diwar-warkan oleh media massa.
Menyoroti penulisan diatas bukanlah bermaksud ana menggalakan kehidupan berpoligami tetapi memanifestasikan kepada pembaca agar tidak membenci keindahan Islam berkaitan dengan Poligami. 
Sahabat  muslimatku...jika kita diutarakan tentang poligami..fikir terlebih dahulu sebelum histeria menggila dan berhujahlah mengikut ilmu dan iman. bukannya berdasarkan perasaan dan nafsu. Mungkin babak Anna Althafunnisa berhujah berkaitan dengan poligami bisa membantu akhawat semua untuk menilai sejauhmana kebijksanaan akhawat untuk mematahkan hujah ikhwan.mungkin terpatah! bahkan lenyap terus ditenggelamkan kalam ilmu. 
semoga perkongsian coretan ini, membuang segala perencah yang negatif berkaitan dengan poligami...In Shaa Allah. Wallahi'alam... 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan