Sering kali dalam kehidupan kita terjadi
banyak perkara yang memerlukan kita untuk membuat pemilihan. Contohnya, memilih
pakaian yang hendak dipakai pada hari tersebut atau mungkin juga menu yang
hendak dimakan. Keputusan demi keputusan telah kita buat dalam kehidupan kita
seharian. Kadangkala memerlukan kepada pertimbangan yang lama…. Dan kadangkala
mungkin sepantas kilat Cuma.
Bagaimana
pula dengan cara akhawat memilih pasangan? Adakah kita memerlukan kepada
timbangan bagi mengukur kesesuaian dalam memilih pasangan?
Kasih
manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi,
sayang Tuhan janjiNya pasti"
Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan
sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya
dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada
seseorang yang boleh digelar zauj. Maka secara pragmatisnya pilihlah
seorang muslim yang
1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana sekali pun, solat fardu
tetap terpelihara. Justeru itu, utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan
agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya
Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Sebagaimana
sabda Rasulullah dalam hadis baginda.
Daripada Abu Hurairah, katannya , Rasulullah
pernah bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada
rupa dan hartamu ,tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu yang ikhlas" [Riwayat
Muslim]
2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tetapi seseorang yang lemah
lembut dan bertolak -ansur pada hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi
dan hati yang mulia. Bukankah Rasulullah itu diutuskan untuk menyempurnakan
akhlak? Selaras dengan firman ALLAH yang bermaksud:
"Demi diri (manusia) dan yang
menyempurnakanNya (ALLAH) ,lalu diilhamkan (ALLAH) kepadanya mana yang buruknya
dan mana yang baiknya ,Sesungguhnya telah menanglah orang yang membersihkan (jiwanya) ,dan merugilah orang
yang mengotorinya"
[Surah Asy- Syams : 7-10]
3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah bakal zauj antunna itu
menjengah ke tempat - tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai
seorang Islam? Nilailah bagaimana sang dia mempertahankan maruahnya
daripada terjerumus kepada lembah fitnah.
4-Amanah
Jika future husband
pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna
kuasa, maka lupakan saja si dia.
“Sesungguhnya ALLAH mencintai dan mengasihi orang
yang bila mengerjakan sesuatu ,selalu memperbaguskan menyempurnakan
perbuatannya ."
5-Tidak boros
5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi
tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi
bersama mereka yang berhak.
6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya
kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya
jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu. Ini kerana Allah telah
berpesan bahawa seorang lelaki yang beriman itu haruslah menundukkan
pandangannya dari melihat perkara-perkara yang haram.
“Katakanlah (wahai Muhammad)
kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian
itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya
tentang apa yang mereka kerjakan.” (nur:30)
"Pandangan adalah anak
panah beracun dari anak panah iblis. Siapapun yang menghindarkannya kerana
takut kepada Allah, Allah akan mengurniakan keimanan yang akan ia temui
manisnya di dalam hati,"(HR Al-Hakim)
7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia
tak mudah jadi fitnah orang, dan dia tak amalkan cara hidup bebas.
8-Rakan pergaulannya.
8-Rakan pergaulannya.
Rakan- rakan pergaulannya adalah mereka yang
sepertinya. Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam pernah bersabda,"
Seseorang itu (dipandang) dengan siapa yang duduk bersamanya, dan seseorang itu
(diukur) dengan siapa yang berjalan dengannya, oleh itu hendaklah anda
memerhatikan siapa yang hendak dijadikan kawan."
9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibubapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibubapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab
10-Tenang wajah
Apa yang tersimpan di dalam
sanubari kadang - kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang
sewaktu dia bercakap dan bertindak. Kerana seorang lelaki yang mukmin
hatinya tidak pernah sunyi dari berzikir kepada Allah dan seterusnya keberkatan
amalan tersebut terpancar pada raut wajahnya yang tenang. Sebagaimana firman
Allah taala:
“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati
mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan
mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.” Ar Ra’d (13) : 28
Duhai muslimah ku….
Duhai sahabatku…
Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang
demikian sifatnya...kerana memperolehi pasangan yang beriman itu seolah-olah
memperolehi syurga dunia yang mana dihiasi keindahan taman-taman syurga yang
akan menghasilkan tanaman-tanaman yang diyakini kualitinya…
Sabda Nabi: "Empat dari tanda-tanda
kebahagiaan seseorang: Isterinya solehah, anak-anaknya abrar (soleh),
teman-temannya orang soleh dan sumber rezekinya di negeri sendiri." (Riwayat
ad-Dailami dari Ali .a).
Ya Allah,mampukah aku mendapat keredhaan-Mu dan naungan-Mu di Padang Masyhar kelak...
Salam sayang,
permatabiru/musafir senja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan