Testing, testing 1,2,3…hai para
Ikhwan semua!
Pernah anda mengalami situasi
sebegini apabila terpandang kepada seseorang ukhti yang betudung labuh,
berjubah, sopan, ayu dan lemah gemalai....->
“Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
…..
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
…
Kadangkala hatiku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya
(amboi jauhnya antum berangan ya! …)
Sememangnya
fitrah manusia suka pada perkara yang
cantik,comel, baik, ayu, dan bla bla bla… Namun, sekiranya sekadar indah di
mata adalah tiada nilainya tanpa disusuli dengan indah akhlaknya.
Justeru
itu, penulisan kali ini suka sekali untuk ana melontarkan sedikit pandangan
berkaitan dengan ‘wanita perhiasan dunia’ yang sesuai untuk dijadikan calon
zaujah antum.
Jika mahu mengenal
buah itu masak ada tandanya
Jika mahu mengetahui
makanan itu lazat ada caranya
Begitulah juga dengan
akhawat. Pasti ada buktinya untuk menunjukkan seseorang wanita itu baik maruah
dan akhlaknya.
Melalui pembacaan ana yang pelbagai, ana telah menyimpulkan beberapa gugusan
idea yang membolehkan antum semua mengenali seseorang ukhti itu baik maruah dan
akhlaknya.
Pertama, akhawat tersebut terdiri
dari keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan soleh. Maka,
persekitaran akhawat tersebut dibesarkan dalam lingkaran agama dan tatacara
Islam seterusnya melahirkan kuntuman-kuntuman akhlak yang mahmudah seperti kuat
agama, memiliki sifat-sifat kemanusiaan dan berbudi pekerti tinggi. Bak kata
pepatah “bagaimana acuan, begitulah kuihnya”. Sekiranya, akhwat tersebut
dibesarkan dalam waqi’ islamiah maka hasilnya pasti islamik juga! In Shaa
Allah.
Mencerminkan dengan
jelas hakikat yang sebenarnya, letaknya realiti seorang wanita adalah wanita
yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulen maka itulah keistimewaan dan
kecantikan seorang wanita yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan
bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah bererti dia telah mendapat
satu nikmat Allah yang besar.
Keterangan ini
terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas :
"Empat jenis, sesiapa
yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia
dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa
raga yang sabar dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak
menzalimi suaminya."
Hikmahnya memperolehi wanita yang terdidik di
dalam golongan keluarga yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian
daripada sifat- sifatnya oleh Rasulullah saw:
"Tidak perlu bagi
seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan
baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya,
isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di
rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya."
Keduanya, Berakhlak dengan
Allah. Iaitu menjaga hak Allah dalam apa jua keadaan sekalipun. Tekun dan
bersungguh-sungguh dalam ibadahnya. Sabar dalam menempuh ujian daripada Allah,
sentiasa bersyukur
dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak
mengingati Allah swt.
Tumpuan hatinya adalah mencari keredhaan Allah dalam
hidupnya. Setiap tingkah lakunya menggambarkan tatacara Islam dan keindahannya
terdampar pada keayuan langkahnya dalam menjaga maruah dirinya. Di mana hatinya
tidak mudah terbuai dengan bisikan ‘kumbang’ perosak dan tidak mudah terjentik
hatinya dengan kata-kata rayuan ‘buaya’.
Kerana, bagi akhawat tersebut hati adalah nilaian ALLAH yang
paling utama dalam setiap amalan yang telah dilakukan. Oleh itu, dia mencuba
sehabis daya untuk membalut hatinya daripada terdedah dengan anasir-anasir yang
cuba mengeruhkan kesucian hatinya.
Ibnu Qayyim berkata : "sesiapa yang ingin jernih hatinya
hendaklah dia mengutamakan ALLAH swt daripada hawa nafsunya ,kerana hati yang
dilumuri dengan hawa nafsu terlindung daripada ALLAH sekadar bergantungnya
kepada hawa nafsunya"
Akhawat itu menyedari bahawa hati itu mampu berkarat
seandainya disulami dengan perbuatan-perbuatan lagha da maksiat.
Akhawat itu memahami hadis baginda yang berkaitan hati. Iaitu
Dari Abdullah Ibnu Umar r.a meriwayatkan, “Sesungguhnya hati
ini dapat berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila tekena air.” Beliau
ditanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana cara membersihkannya ?” Rasullah s.a.w
bersabda, “Memperbanyak mengingat maut dan membaca Al-qur´an.”
[Riwayat Baihaqi]
Ketiganya, Baik
pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu
dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang
termampu selagi mana tidak bercanggah dengan tuntutan syariat.
Akhawat tersebut
bergaul dengan temannya dengan baik dan terjaga perbuatannya. Sebagaimana pesan
baginda "HambaNya yang lebih disukai ALLAH ialah yang tinggi akhlaknya
."
Cinta dan Sayang akhawat terhadap
rakan, jiran dan tetangganya adalah tidak lain dan tidak bukan kerana Allah.
Hal ini bersesuaian dengan kata baginda "Perbuatan yang lebih disukai
ALLAH ialah kasih atau senang kerana ALLAH dan benci atau tidak suka kepada
sesuatu kerana ALLAH ."
Terhias tutur kata akhawat tersebut
dengan kalam-kalam yang indah, sedap didengar, lembut terasa terbuai menyapa
tatkala mendengar santapan bual bicaranya. Kerana akhawat tersebut memahami
pesan kekasihNya "Perbuatan yang lebih disukai ALLAH ialah menjaga lidah
(jangan lancang berbicara) ."
Entiti mithali yang dinyatakan oleh ana di atas
mudah-mudah mampu dijadikan sebagai garis panduan kepada ikhwan yang masih lagi
tercari-cari ‘wanita perhiasan dunia’ yang hendak dijadikan sebagai pendamping
hidup.
Ingatlah firmanNya dalam surah Al-Ahzab ayat 59
yang bermaksud
"..yang demikian itu agar mereka
mudah untuk dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik), maka dengan itu mereka tidak
diganggu..." (33:59
Kata Ibnu Abbas lagi, syaitan berada di tiga tempat di dalam diri
seseorang lelaki, pada pandangan, hati dan ingatan. Manakala bagi wanita pula,
ada pada lirikan matanya, hati dan kelemahannya.
Justeru itu, jagalah pandanganmu wahai para
mujahid agar melihat akhawat itu aulanya keindahan akhlaknya sebelum melihat
keelokan paras rupanya.
Ingatlah bahawa Islam itu tidak hanya hadir
dengan solusi tapi berusaha
mencegah dari punca yang datang dari akar umbi
Pesanku
sebagai seorang ukhti,
lelaki
itu HANDSOME bila...
taat
perintah Allah dan patuh pada Ibu bapanya..
lelaki
itu SWEET bila...
suka kat
perempuan tu terus jumpa wali perempuan tu dan cakap 'saya suka anak
pakcik..saya nak nikah dengan dia..' dan sentiasa hormat perempuan..
lelaki
itu COMEL bila..
berwawasan
dan bertanggungjawab..
lelaki
itu SMART bila..
berakhlak
mulia dan berusaha menjadi yang soleh…
sebagai
penutup kalam,
hayatilah
bait-bait syair yang dilafazkan oleh seorang suami kepada isterinya
Demi
Allah, tidaklah aku melupakanmu
Walau mentari
tak terbit meninggi
Dan
tidaklah terurai air mata merpati itu
Kecuali
berbagi hati
Tak
pernah kudapati orang sepertiku
Menceraikan
orang seperti dia
Dan
tidaklah orang seperti dia dithalaq kerana dosanya
Dia
berakhlaq mulia, beragama, dan bernabikan Muhammad
Berbudi
pekerti tinggi, bersifat pemalu dan halus tutur katanya
(syair
cinta Abdurrahman ibn Abu Bakar kpd isterinya, Atika..)
Sekian
dariku untukmu mujahid ansarullah,
‘permatabiru/musafir
senja’ yang mendambakan cinta Illahi…