Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi
Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi
Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai
lirik nasyid diatas cukup menyentuh perasaan dan jiwa individu yang sedang dilamun atau dilanda cinta. biarpun berkepok-kepok versi cinta dihuraikan namun kita tidak pernah berasa bosan dan jemu untuk mendengar, menonton atau membacanya. kerana apa?
kerana, sememangnya CINTA itu sebati dalam jiwa kita. sesuatu yang sesuai dengan hati dan fizikal kita. semua manusia normal pasti merasakan kehadiran cinta. cinta kepada Allah, cinta kepada rasulNya, cinta kepada ibu ayah, cinta kepada sahabat dan cinta kepada berlawanan jenis.
disini, sukanya ana untuk mengutarakan perbahasan cinta BERLAWAN JENIS. islam tidak melarang cinta kepada berlawanan jenis, kerana cinta ini adalah sesuatu yang semulajadi dan fitrah yang ada dalam diri manusia. namun, islam menyeru agar pelayaran bahtera cinta ini MELALUI jalan yang telah diisyaratkan oleh Allah iaitu melalui PERNIKAHAN bukan yang SELAIN darinya.
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
YA! TEPAT SEKALI! sekiranya kita mencari selain dari PERNIKAHAN maka yang penghujungnya kita perolehi ALPA, LUKA DAN KECEWA.
oleh kerana itu kita seharusnya melayari bahtera kita ke pelabuhan pernikahan dengan melalui lautan yang tenang dan damai bukannya bergelora dan ribut kerana untuk melihat sejauh mana kebahgiaan dalam perkahwinan dilihat bagaimana permulaan sebelum melangkah kegerbang perkahwinan. adakah terisi dengan perbuatan yang melalaikan dan maksiat?? jika YA, maka disitu hilanglah keberkatan dalam perkahwinan. nah, tidak hairanlah sekiranya perkahwinan itu tidak melahirkan sakinah, mawaddah dan rahmah dan membawa kepada keretakan dan perpisahan.
justeru itu, untuk membawa cinta kita hingga ke SYURGA Islam telah menggariskan beberapa panduan dalam PERNIKAHAN.
Terdapat banyak nas dan dalil Al-Quran serta hadis tentang galakan dan saranan perkahwinan serta peraturan yang berkaitan dengan pasangan suami isteri.
"...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..."
(Surah An-Nisa' 4 : 3)
(Surah An-Nisa' 4 : 3)
hadis baginda juga ada menyatakan tentang perkahwinan sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(riwayat Al-Bukhari)
tips-tips untuk bercinta hingga ke syurga
niat
Jika kita seorang hamba yang taat dan percaya kepada-Nya, maka kita mesti percaya bahawa jika kita berkahwin dengan niat kerana Allah, maka perkahwinan itu akan Allah dirahmati dengan kasih sayang berpanjangan.
trend sekarang, ramai pasangan berkahwin di atas dasar 'cinta'.
jika Sebelum berkahwin, tidak dengar suara 'sang dia' mata tidak boleh lelap.
jika Tidak dapat SMSnya hilang mood seharian.
TETAPI
Selepas berkahwin, situasinya lain pula. tiada lagi 'hangat dan membara' sebagaimana ketika saat bercinta. telefon hanya jika ada kecemasan. Ke mana hilangnya? Atau cinta yang dihiasi nafsu telah hilang kerana apa yang dicari telah diperolehi? maka, Berdoalah dan pupuklah cinta selepas berkahwin dan berkahwinlah dengan niat yang betul.
Selepas berkahwin, situasinya lain pula. tiada lagi 'hangat dan membara' sebagaimana ketika saat bercinta. telefon hanya jika ada kecemasan. Ke mana hilangnya? Atau cinta yang dihiasi nafsu telah hilang kerana apa yang dicari telah diperolehi? maka, Berdoalah dan pupuklah cinta selepas berkahwin dan berkahwinlah dengan niat yang betul.
mengenal 'si dia' dahulu sebelum bernikah
Kita digalakkan untuk mengenali pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran atau fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal 'si dia', sama ada hati budinya atau akhlaknya maka carilah orang yang boleh dipercayai agamanya dengan merisik corak kehidupanya dan juga keperibadiannya melalui orang yang terdekat dengannya. syaratnya orang tersebut boleh dipercayai agamanya bagi mengelak ada dusta dalam percakapannya.
merisik khabar dari orang yang terdekat sangat penting kerana kita perlu bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. berkelulusan agama, berjanggut dan berserban atau berjubah dan bertudung labuh sahaja tidak menjamin akhlak seseorang individu tersebut baik akhlaknya dan bagus nilainya. seseorang yang baik adalah golongan yang MENGAMALKAN ajaran agama mereka yang mempunyai kefahaman dan penghayatan terhadap Islam.
mewujudkan perasaan KASIH
Kasih bukan bermakna bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih dalam hati sebelum berkahwin. ini bermaksud mereka saling menyukai dan meredhai kekurang dan kelebihan pasangan masing-masing apabila sudah bernikah kelak. Maka tidak akan berlakulah pertengkaran hanya semata-mata perkara yang remeh dan kecil.
Rasulullah sering bertanya:
“Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur-unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka”“Apa yang di katakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang dimaksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya”
memilih calon pasangan berdasarkan garis panduan yang telah digariskan oleh Rasulullah
mencari pasangan yang taat kepada perintah Allah dan Rasulullah saw
Allah Ta’ala berfirman:
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
“Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian adalah yang paling bertaqwa.” (QS. Al Hujurat: 13)
justeru itu, seharusnya seorang muslim berjuang untuk mendapatkan calon pasangan yang paling mulia di sisi Allah, iaitu seorang yang taat kepada agama.
tips bagi lelaki
Rasulullah saw pun menganjurkan memilih isteri yang baik agamanya
تنكح المرأة لأربع: لمالها ولحسبها وجمالها ولدينها، فاظفر بذات الدين تربت يداك
“Wanita biasanya dinikahi karena empat hal: karena hartanya, karena kedudukannya, karena parasnya dan karena agamanya. Maka hendaklah kamu pilih wanita yang bagus agamanya (keislamannya). Kalau tidak demikian, niscaya kamu akan merugi.”
(HR. Bukhari-Muslim)
tips bagi wanita
Rasulullah saw juga bersabda,
إذا جاءكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه إلا تفعلوه تكن فتنة في الأرض وفساد كبير
“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian ridhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang besar.”
(HR. Tirmidzi. Al Albani berkata dalam Adh Dho’ifah bahwa hadis ini hasan lighoirihi)
kesimpulannya, baik lelaki mahupun wanita haruslah memilih pasangan hidupnya bukan semata berdasarkan ketampanannya semata atau kecantikkannya sahaja. ketampanan atau kejelitaan seseorang itu tidak menjadi tiket yang menjamin kebahagiaan sesuatu alam perkahwinan kerana cantik dan tampan itu terlalu subjektif dan realitif dan tidak bersifat mutlak.
adapun, keelokan dan ketulusan dalam agama adalah sesuatu yang kekal dan abadi. insyaAllah.
mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian ini kita mampu memancu destinasi cinta kita kepada "bercinta hingga ke SYURGA" bersama-sama dengan pasangan kita kelak...
Sesungguhnya aku memohon pertunjuk dari-Mu,
Berilah aku pilihan yang terbaik buat ku,
Dengan ilmu yang ada pada-Mu,
Dan aku memohon kekuasaan-Mu,
Untuk menyelesaikan urusan ku dengan keizinan kudrat-Mu.
salam sayang sekencang dakwah,
permatabiru/musafir senja
kate-kate untuk diri muslimah yang perlu kan cinta cari lah cinta yang suci dari hati dan kerane allah
BalasPadammita maaf ana tulis tepat anti itu
BalasPadammenarik
BalasPadamIni ulasan yang baik kerana permulaan percintaan adalah satu pengajaran bagi kita untuk memilih antara insan yang mana kita inginkan...Berjalan ke Jannah adalah satu niat yang kukuh dalm ayat di gambar insan yang muslimah ini semua nya kerana Allah s.w.t. In shaa Allah ya muslimah...Allah s w t janjikan jodoh yang baik untuk kamu...Janji dari Alah s.w.t. itu pasti...Amin Ya Rabbal Alamin...
BalasPadam