PERKAHWINAN DI USIA MUDA…DIMANAKAH RELEVANNYA?
Mendepani
realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang, perkahwinan di usia yang
muda bukanlah satu fenomena yang luar biasa, bahkan seharusnya menjadi
kelaziman kepada generasi Y pada masa kini. Hakikatnya, perkahwinan adalah satu
fitrah kejadian semulajadi manusia. Perkahwinan juga merupakan satu sunnah
Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Hal
ini telah dibuktikan sebagaimana sabda baginda Rasulullah s.a.w :
عَنْ أَنَسٍ أَنَّ نَفَرًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم سَأَلُوا أَزْوَاجَ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ
عَمَلِهِ فِي السِّرِّ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ أَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ آكُلُ اللَّحْمَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ أَنَامُ عَلَى فِرَاشٍ
فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ فَقَالَ
مَا بَالُ أَقْوَامٍ قَالُوا كَذَا وَكَذَا لَكِنِّي أُصَلِّي وَأَنَامُ وَأَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأَتَزَوَّجُ
النِّسَاءَ فَمَنْ
رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
Maksudnya: Dari Anas r.a.
katanya : "Bahawa beberapa orang dari sahabat Nabi s.a.w. menanyakan
dengan rahsia kepada isteri-isteri Nabi s.a.w., tentang amal Nabi s.a.w.
(ibadat) Kemudian di antara sahabat itu ada yang mengatakan : "Saya tidak
akan mengahwini perempuan." Yang lain mengatakan : "Saya tidak akan
memakan daging." Yang lain mengatakan lagi "Saya tigak akan tidur di
atas hamparan (tikar) (Setelah diberitakan kepada Nabi s.a.w.) beliau sesudah
memuji Allah dan menyanjungNya, beliau s.a.w. mengucapkan : "Mengapa ada
beberapa orang mengatakan begini .... dan begini?" Tetapi aku
sembahyang dan tidur, puasa dan berbuka dan mengahwini perempuan. Sebab itu
siapa yang tidak menyukai sunnahku maka orang itu tidak termasuk
golonganku."
Hadis
sahih riwayat Muslim
Persoalannya bagaimanakah kita
mampu melaksanakan sunnah ini di saat kita masih lagi remaja dan sedang belajar??
Persoalan demi persoalan yang timbul di benak pemikiran kita. Lantas, saya
merasakan topik ini cukup relevan dan hangat untuk dikongsikan bersama
berdasarkan kondisi kita sekarang.
Setiap hari dan detik kita
dihidangkan dengan berita yang melibatkan generasi muda yang muflis dan
tercabut dari akar tradisi ketimuran dan juga ketingggian akhlak Islamiyyah
yang diwarisi zaman berzaman. Kini, segalanya
telah dibenamkan oleh budaya hedonistik yang tidak berfaedah. Mereka telah dibelenggu dengan rantai-rantai
kejahilan dan kegelapan.
Justeru itu, perkahwinan di usia
muda tersangatlah signifikan bagi mereka yang ingin melayarkan bahtera perasaan
cinta mereka ke pelabuhan yang halal, iaitu alam berumahtangga. Pernahkah anda
mendengar bait-bait lagu ini?
Ku pendamkan perasaan ini...
Ku rahsiakan rasa hati ini...
Melindungkan kasih yang berputik...
Tersembunyi di dasar hati...
Ku rahsiakan rasa hati ini...
Melindungkan kasih yang berputik...
Tersembunyi di dasar hati...
Unic- hanya
tuhan yang tahu
Bait lagu di atas mengambarkan
betapa tersiksanya seseorang (lelaki/perempuan)
yang mendakap kemas fitrah yang wujud didasar hatinya. Mengapa harus
begitu? Sedangkan ia adalah lumrah manusia. Tertarik pada berlawanan jenis!
Ku pohonkan petunjuk Illahi...
Hadirkanlah insan yang sejati...
Menemani kesepian ini...
Mendamaikan sekeping hati...
Hadirkanlah insan yang sejati...
Menemani kesepian ini...
Mendamaikan sekeping hati...
Ini kerana mukmin atau mukminah
yang sejati tidak suka memandang dan
juga tidak suka dipandang kerana apa yang lebih utama adalah memohon petunjuk
dariNya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan selaras dengan kehendak hati
dan kewarasan akal. Antara membiarkan
diri bergelumang dengan dosa dan noda ataupun memilih jalan yang terbaik iaitu
cinta selepas akad. Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam hadis riwayat
muslim:
اللَّهُمَّ
إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى
“Ya
Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk, ketakwaan, diri yang terjaga dan
kecukupan kepada-Mu.”
(HR.
Muslim, no. 6842)
Sebagai golongan remaja di arus
modenisasi, kita mudah terjebak dengan perangkap-perangkap nafsu syahwat yang
kian menghimpit diri. Gelora rasa untuk mencuba sesuatu yang menjuruskan kepada
perbuatan negatif terlalu mudah untuk diikuti bahkan menjadi satu trend pada
masa kini. Contohnya, melakukan hubungan seksual secara bebas tanpa ada ikatan
perkahwinan telah menjadi satu kelaziman yang tidak lagi asing di kaca mata
masyarakat. Lantas, kes-kes sebegini terlalu memberi impak yang besar kepada
generasi muda, lebih-lebih lagi mencabar tahap keimanan golongan “akhawat dan
ikhwan” yang sentiasa berada dalam perjuangan Islam .
Sebagaimana
yang kita ketahui, Iman kita ini laksana air di lautan, kadang pasang kadang
surut. Ketika pasang, dengan mudah kita meniti jalan Allah. Ketika sedang
surut, kita jauh dari jalan Allah.
Justeru
itu, perkahwinan dalam kalangan generasi muda bukan sahaja mampu membendung
gejala-gejala negatif bahkan melahirkan masyarakat yang sakinah di mana
tidak akan wujud lagi kes-kes jenayah
seksual seperti pembuangan bayi, rogol, culik dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh perkahwinan yang halal akan menghasilkan ketenangan dan ketenteraman.
Bertepatan dengan Firman Allah ta'ala:
: ô`ÏBur
ÿ¾ÏmÏG»t#uä
÷br&
t,n=y{
/ä3s9
ô`ÏiB
öNä3Å¡àÿRr&
%[`ºurør&
(#þqãZä3ó¡tFÏj9
$ygøs9Î)
@yèy_ur
Nà6uZ÷t/
Zo¨uq¨B
ºpyJômuur
4
¨bÎ)
Îû
y7Ï9ºs
;M»tUy
5Qöqs)Ïj9
tbrã©3xÿtGt
ÇËÊÈ
Maksudnya: "Dan di antara
tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan
untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya
kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya
yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan
kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".
(Ar Rum :21)
Kesimpulannya, berkahwin di usia muda bukanlah membawa
kepada satu masalah yang besar bagi golongan remaja yang masih lagi belajar dan
belum bekerja. Berkahwin merupakan fitrah manusia dan sememangnya fitrah itu
tidak akan terjadi sekiranya berlawanan dengan kehendak manusia. Sesungguhnya
Allah itu maha mengetahui tentang hal-hal hambaNya.
Oleh itu, saranan saya kepada
pemuda dan pemudi, apabila kamu sudah yakin dengan pilihanmu maka kahwinlah.
Akhir bicara, ambillah iktibar daripada dua Hadis yang terakhir ini sebagai
satu panduan untuk anda semua dalam memilih pasangan hidup anda.
Katakan
YA pada NIKAH, dan katakan TIDAK pada COUPLE.
Telah disabdakan oleh baginda
Rasulullah.
قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى
اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ ِلاَ رْبَعٍ لِمَا لِهَا
وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَا لِهَا وَلِدِيْنِهَا فَاظْفَرْ
بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Bermaksud
telah bersabda Rasulullah s.a.w. "Perempuan itu dinikahi kerana empat,
kerana kecantikannya atau kerana keturunannya, atau kerana hartanya atau kerana
agamanya. Tetapi pilihlah yang beragama, agar selamatlah dirimu.
Hadis
yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
Sabda
baginda lagi dalam hadis yang lain, maksudnya:
إذا خطب إليكم من ترضون دينه وخلقه ، فزوجوه .
إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض
Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk
meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia.
Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul
kerosakan yang merata di muka bumi.
H.R. Tirmidzi dan Ahmad
betol :) .. tambah sikit ekk..Nabi pernah berkata " tulla 'ibuka wa Tulla 'ibuha.. ".. perkahwinan nie satu hiburan kepada manusia. Semesty nya Ummat Nabi boleh bertambah ramai lg. :)
BalasPadam